
PENCURI BODOH MERAYU PEMILIK SELEPAS TERPERANGKAP DALAM KERETA HENDAK DICURI – POPULARITI PERCUMA
Seorang pemilik Corvette C8 mendapat kejutan selepas menemui seorang lelaki terperangkap dalam kereta beliau. Bayangkan betapa seronok bila melihat seorang pencuri lahabau yang terperangkap dalam kereta yang ingin dicuri. Macam mana korang berjaya menangkap tikus yang buat onar dengan perangkap tikus macam itulah perasaan Julio Solano dari Miami, Florida.
Sebaik melihat pencuri tersebut Solano segera merakam adegan tersebut dengan kamera telefon milik beliau. Eh yang menariknya si pencuri siap bertanya “Boleh tak tolong lepaskan saya?” Memang tak adanya Solano nak bagi peluang dan pihak polis terus dihubungi untuk memberkas saspek yang kemudiannya dikenali sebagai Ravesh Rabindranauth, 33 tahun.
Sistem kuncian elektronik C8 tidak akan berfungsi tanpa kunci dan cerdiknya si pencuri tidak tahu tentang wujudnya sistem bukaan pintu manual di bawah tempat duduk. Ilmu pengetahuan tu penting nak oi kalau nak buat apa-apa kerja sekali pun.
Corvette C8 menggunakan sistem kunci pintu yang diaktif/nyahaktif dengan sentuhan butang di bahagian luar dan dalam kereta. Namun tanpa kunci, ia tidak akan berfungsi sama sekali. Sebenarnya boleh je keluar jika terperangkap dengan sistem manual yang disebutkan tadi. Tapi kalau dah bodoh nak buat macam mana kan?
Saspek tidak mengetahui tentang fungsi manual tersebut dan sebagai balasan menghabiskan masa ‘terpenjara’ di dalam kereta dan kemudian diselamatkan dan masuk lokap lagi sebelum dibicarakan. Sah-sah lepas ni kena jel lagi untuk satu jangka masa yang agak panjang.
Jadi adik-adik di luar sana, rajin-rajinlah belajar dan membaca untuk menambah ilmu untuk masa depan. Inilah pesanan dari Profesor Japar.
Kredit kepada carscoops.com