Buletin

KIT BADAN KUHL RACING UNTUK SUBARU BRZ 2022

Menjelang acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung beberapa minggu lagi, Kuhl Racing telah memperlihatkan penawaran kit badan bagi Subaru BRZ generasi kedua.

Modifikasi terhadap BRZ ini bermula dari depan, di mana kereta sports ini dipasangkan dengan penambahan splitter, diikuti dengan penambahan skirt sisi baharu dan diffuser unik ke atas bampar standard.

Ia diakhiri dengan sistem ekzos tip titanium.

Untuk menjadikan penampilan yang lebih sporti, sistem suspensi telah direndahkan, diikuti dengan tayar Falken yang membaluti rim bersaiz 19 inci, sementara ruang kabin pula didatangkan dengan alas lantai Kuhl Racing dan sistem infotainmen Pioneer.

Harga pakej kit badan ini bermula di bawah 520,000 yen (RM18,822) di pasaran Jepun.

Google ads
Back to top button