Motosikal

YAMAHA DEDAH CYGNUS GRYPHUS WORLD GP 60TH ANNIVERSARY EDITION DI JEPUN. TERHAD 1,000 UNIT, HARGA BERMULA RM13K

Yamaha Jepun mendedahkan model edisi khas Cygnus Gryphus World GP 60th Anniversary Edition yang bakal berada di pasaran pada 24 Februari tahun hadapan.

Skuter terbaharu itu ditawarkan pada harga harga 368,500 yen (RM13,420).

Cygnus Gryphus istimewa tersebut mendapat sentuhan warna tradisi jentera perlumbaan berwarna putih (Silky White) dengan dipadankan motif Yamaha YZR500 1980.

Ia turut hadir dengan lampu utama LED dan lencana khas edisi ulang tahun ke-60 pada bahagian atas lampu utama berkenaan.

Selain itu, skuter memiliki berat 125 kg itu didatangkan logo Yamaha berwarna emas dan rim aloi emas.

Cygnus Gryphus World GP 60th Anniversary Edition mendapat khidmat enjin 4 lejang 4 silinder tunggal 124cc SOHC sistem penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api VVA.

Ia mampu menjana kuasa 11.8hp @ 8,000rpm dan tork 11Nm @ 6,000rpm dipadankan transmisi automatik CVT.

Sistem brek pula dilengkapi cakera brek tunggal hidraulik di bahagian hadapan dan belakang.

Cygnus Gryphus World GP 60th Anniversary Edition terhad kepada 1,000 unit sahaja.-YamahaMotorJapan

Google ads
Back to top button