Buletin

LAMBORGHINI URUS GRAPHITE CAPSULE, MAIN WARNA PUN OKAY

Automobili Lamborghini memperkenalkan varian terbaru untuk super SUV mereka, Urus Graphite Capsule dengan empat warna kusam (matt) iaitu putih Bianco Monocerus, hitam Nero Noctis, kelabu Grigio Nimbus dan Grigio Keres. 

Pilihan tersebut kemudian dipadan bersama riasan kontra jingga Arancio Leonis dan Arancio Dryope, kuning Giallo Taurus dan hijau Verde Scandal pada bahagian splitter depan, pendakap pintu dan spoiler belakang yang menaikkan aura ekspresif Urus.

Roda Taigete saiz 23 inci pula eksklusif untuk Urus Graphite Capsul dan turut mengulang riasan warna mengikut tema pilihan. Pada bahagian belakang, ekzos hadir dengan kemasan hitam krom.

 

Lamborghini Urus sebenarnya sudah pun menyerlah dan ini tidak bermakna ia dibiarkan begitu sahaja. Contoh yang dibuat pada varian terbaru ini menambah lagi tarikan kepada Urus sedia ada.

Pada bahagian dalam, Lamborghini mengenakan kemasan aluminium anod dan gelap pada papan pemuka dan panel pintu dengan riasan gentian karbon kusam.

Warna kontra pada bahagian luar badan diulang semula pada sisi kerusi dan corak sulaman Q-citura, sisi konsol tengah dan logo Lamborghini pada penyandar kepala.

Perubahan untuk Urus model tahun 2021 ini terhad kepada kosmetik sahaja. Rangkaian kuasa masih kekal iaitu 4.0 liter V8 turbo berkembar dengan output 641 hp dan tork 850 Nm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi automatik lapan kelajuan. Daya pecutan dari 0 hingga 100 km/j ialah 3.6 saat manakala kelajuan maksimum ialah 305 km/j.

Harga yang dicadangkan untuk Lamborghini Urus Graphite Capsule ialah GBP 143,676.00 (RM773,903) dan ia tidak termasuk cukai untuk digunakan di jalan raya.

BACA: BOT MEWAH LAMBORGHINI DARI TECHNOMAR – APASAL LAWA SANGAT NI

BACA: LAMBORGHINI SIÁN FKP 37, DIBINA DARI 3696 KEPING LEGO

BACA: LAMBORGHINI HURACÁN EVO RWD – SENSASI ‘TARIK BELAKANG’

Google ads
Back to top button