
JURUTERA PECAH REKOD DUNIA. TUNGGANG TONG SAMPAH PADA KELAJUAN 69 KM/J
Seorang jurutera dari United Kingdom berjaya memecahkan rekod dunia dengan mencipta tong sampah terpantas dunia yang boleh mencapai kelajuan 69.2 km/j.
Andy Jennings, 28, menggunakan tong sampah berkapasiti 120 liter di rumahnya dan memasang satu unit enjin motosikal, kotak gear, sistem pencucuhan, tempat duduk dan stereng pengemudian.
Dia menunggang tong sampah itu pada kelajuan lebih 60 kmj di Lapangan Terbang Elvington di Yorkshire, England sambil disaksikan petugas Guinness World Records.
Pegawai itu memberitahu Jennings perlu menunggang lebih 48 km/j untuk mencipta satu rekod baharu.
Jennings mencipta rekod itu bagi memberi penghormatan kepada rakan karibnya, Ben Ellis yang dilaporkan meninggal dunia pada bulan Jun lalu.
“Saya berjaya mencipta rekod tanpa menyangka ia lebih pantas berbanding jangkaan asal. Saya amat gembira dengan pencapaian ini,” katanya.

Dia mengakui berasa bimbang semasa percubaan pertama kerana tiupan angin kuat secara tiba-tiba di kawasan landasan hingga menjejaskan kawalannya.
Selain Jennings, acara sama turut menyaksikan satu rekod lagi dicipta iaitu kerusi roda terpantas dunia.
Rekod tersebut dicipta seorang penghidap masalah neuron motor, Jason Liversidge, 44, dengan catatan selaju 104.6 km/j dengan bantuan kerusi roda bermotor yang sudah diubah suai. – agensi
- BACA: LELONG ONLINE FERRARI ENZO 2003 PECAH REKOD DUNIA, RM11 JUTA!
- BACA: HONDA EG CATAT REKOD DUNIA DENGAN CALTEX TECHRON DAKI GUNUNG DOI CHANG, THAILAND
- BACA: BMW IALAH PEMEGANG REKOD DUNIA GUINNESS AKSI DRIFT TERPANJANG (+VIDEO)
- BACA: CLAUSTRO PHOBIA MINI TERENDAH DI DUNIA. SMURF BARU SELESA KOT PANDU MINI NI






