Buletin

LAMPU BELAKANG TERCABUT, ISU BIASA UNTUK PEMILIK PORSCHE 911 GENERASI 991

Pedih bukan? Beli kereta mahal-mahal, tapi kualiti tidak seperti yang diharapkan.

Seorang pemilik Porsche 911 generasi 911 baru-baru ini berkongsikan pengalaman kehilangan unit lampu belakang ketika sedang memandu di lebuh raya.

Gambar yang dimuatnaik pada grup FB Porsche 991 Enthusiasts itu menunjukkan bahagian belakang yang lompong akibat unit lampu yang sudah tercabut, dan terdapat kesan calar di bahagian bampar yang disebabkan oleh unit lampu itu tadi sebelum tercabut sepenuhnya dan hilang di atas lebuh raya A1 di Yorkshire, UK.

Hantaran beliau dalam laman FB itu menimbulkan reaksi daripada ahli kumpulan, di mana majoriti mengakui ia merupakan isu biasa yang dialami untuk model-model terawal 911 generasi 991.

Sebagai makluman, Porsche 911 generasi 991 pra-facelift dipasang antara tahun 2011 dan 2016, sementara versi facelift pula diperkenalkan dengan lampu belakang yang telah direka semula.

Kejadian lampu belakang tercabut itu berpunca daripada lug plastik yang digunakan untuk memegang unit lampu itu pecah, dan untuk model facelift Porsche telah mengubah rekaan cagak dengan menambah kepingan logam yang mampu memegang unit lampu itu dengan lebih kemas biarpun komponen plastik itu sudah pecah, cair atau rosak.

Untuk jenama Porsche, ia sudah pasti merupakan satu isu yang aneh memandangkan jenama premium Jerman itu kerap kali dipuji kerana tahap reliabiliti dan kepuasan pelanggan, malah model 911 merupakan antara model kereta sports yang paling dipercayai dan paling boleh diharap dalam dunia – Carscoops

Google ads
Back to top button