
HARGA VOLVO XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC BERMULA RM263K. JAMINAN BATERI 8 TAHUN, PAKEJ SERVIS
Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini VCM mengumumkan harga rasmi XC40 Recharge Pure Electric iaitu RM262,459 seunit. Bermula malam ini, pelanggan boleh membuat tempahan secara dalam talian di laman web rasmi www.volvocars.com/my
Pelancaran XC40 Recharge Pure Electric merupakan detik penting bagi VCM kerana ia menjadi jenama kereta mewah pertama di Malaysia yang membuat pemasangan tempatan EV dalam bentuk unit CKD. Dengan keupayaan untuk memasang EV melalui kilang pemasangan sendiri, VCM akan mengeksport EV ke pasaran di rantau ASEAN.
Dibina berasaskan kepada SUV premium kompak XC40, XC40 Recharge Pure Electric hadir dengan motor berkembar pacuan semua roda yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 418km dengan sekali cas.
Dengan harga itu, VCM turut menawarkan ciri-ciri seperti berikut:
- kabel pengecas kereta
- pakej servis (tahun/km)
- jaminan kenderaan selama 5 tahun
- jaminan bateri HV selama 8 tahun
- bantuan tepi jalan selama 5 tahun
“Pelancaran ini menjadi asas kepada kami untuk tampil sebagai jenama kereta elektrik mewah terkemuka di negara ini. Bagi menyokong hasrat ini, kami komited untuk melancarkan kenderaan elektrik baharu setiap tahun dalam tempoh 5 tahun akan datang.
“Kami juga mempunyai keupayaan untuk memasang kenderaan elektrik penuh kami sendiri untuk pasaran tempatan dan ASEAN,” kata Pengarah Urusan VCM, Charles Frump.
XC40 Recharge Pure Electric boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu hitam, putih mutiara, biru, perak dan hijau.
Pelanggan yang membuat tempahan dijangka menerima EV mereka bermula hujung April 2022. Anda juga boleh mendapat slot pandu uji di www.volvocars.com/my atau hubungi mana-mana pengedar sah Volvo.
- BACA: SUSPENSI BELAKANG VOLVO GUNA LEAF SPRING? BUKAN MULTI-LINK?
- BACA: VOLVO XC40 RECHARGE RASMI DILANCARKAN. 408HP, 418KM SEKALI CAJ. HARGA UMUM 4 APRIL 2022
- BACA: TERLUPA AKTIFKAN PERISIAN, VOLVO XC40 RECHARGE TERSADAI DI PELABUHAN AMERIKA
- BACA: PANDU UJI: VOLVO XC40, SUV RASMI UNTUK THOR DAN ASGARD