Buletin

KIA EV6 REKOD ANGKA JUALAN LEBIH 3,000 UNIT, LAKU BETUL NI

Kia Motors merekodkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 59,524 unit kenderaan di Amerika Syarikat untuk bulan Mac.

Biarpun angka tersebut menurun 10.5 peratus untuk tempoh tahun-ke-tahun, Kia terus mencatatkan peningkatan positif di mana jualan kenderaan berelektrik mencatatkan rekod baharu pada bulan tersebut.

Sebanyak 3,156 unit EV Kia EV6 telah dihantar ke tangan pemilik masing-masing, berbanding 2,135 unit pada bulan Februari, atau peningkatan sebanyak 5.3 peratus.

Secara keseluruhan, Kia Amerika telah berjaya mengedarkan kira-kira 5,281 unit Kia EV6 dan dengan permintaan yang semakin kuat, Kia dikatakan mampu untuk mengedarkan beberapa ribu unit EV tersebut setiap bulan sekiranya bekalan kenderaan adalah mencukupi.

Prestasi positif tersebut turut dicapai oleh sebuah lagi model EV, Kia Niro EV dengan jumlah jualan kira-kira 1,000 unit setiap bulan – InsideEVs

Google ads
Back to top button