Buletin

BELI TAYAR HANKOOK VENTUS PRIME 3 K125, TERIMA BAUCAR AEON, GRAB, LAZADA SEHINGGA RM100

Hankook Tire baru-baru hari ini mengumumkan promosi istimewa tayar selama dua bulan. Ia menawarkan baucar rebat tunai kepada pelanggan yang membeli dua atau empat unit tayar Hankook Ventus Prime 3 K125 serba baharu.

Promosi yang berlangsung mulai 1 Julai hingga 31 Ogos 2020 itu melibatkan pembelian tayar Hankook Ventus Prime 3 K125 bersaiz 16 hingga 19 inci. Rebat tunai sehingga RM100 boleh didapati dalam bentuk baucar membeli-belah Aeon, kad hadiah Lazada atau kod e-promo Grab.  

“Diperkenalkan di Malaysia sejak akhir tahun lalu, Ventus Prime 3 K125 merupakan produk utama kami yang dihasilkan khas untuk pasaran seperti Malaysia.  

“Tayar premium ini dibangun menggunakan teknologi canggih dan telah menjalani ujian ketat bagi memastikan ia dapat menawarkan keseimbangan terbaik di antara aspek prestasi, keselesaan dan keselamatan,” kata Pengarah Urusan Hankook Tire Malaysia, Tommy Kim.

Teknologi reka bentuk Ventus Prime 3 K125 yang telah dioptimumkan, bersama bunga empat saluran yang luas menawarkan prestasi, keselamatan dan keselesaan luar biasa dalam kondisi pemanduan kering serta basah.

Apabila memandu di kondisi jalan kering, peningkatan nisbah hubungan dan kekerasan blok bunga tayar memberikan kualiti pengendalian dan prestasi membrek yang lebih baik.

Ketika memandu di permukaan basah pula, kompaun silika dan struktur reka bentuk keseluruhannya menawarkan cengkaman terbaik bagi memastikan maklum balas streng yang lebih responsif.

Kelebihan ini membolehkan pemandu merasai kuasa cengkaman dan kurangnya tahap olengan yang lebih baik. Ini sekali gus meningkatkan kestabilan dan keselamatan ketika memandu di atas jalan raya.

Pelanggan yang memberi tayar sepanjang tempoh promosi perlu melayari laman web http://hankooktire.space/ atau mengimbas kod QR (yang disediakan oleh pengedar atau penjual di mana mereka membuat pembelian) untuk mendaftar maklumat peribadi.

Selepas diproses dan diluluskan, baucar tunai yang dipilih akan dihantar kepada pelanggan sama ada menerusi SMS atau pos, mana-mana yang sesuai.  

Promosi ini boleh didapati di semua penjual dan Pengedar Sah Hankook Master di Semenanjung Malaysia. Baucar rebat tunai berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat atau sehingga stok masih ada.

Google ads
Back to top button