Buletin

TATA CKD MODEL SUPER ACE DAN TATA ULTRA DI MALAYSIA

Berikutan kejayaan melancarkan Tata Super Ace dan pelbagai model trak Tata Ultra tahun lalu, DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn. Bhd. (DHCV), pengedar sah kenderaan Tata Motors di Malaysia dan

Tata Motors Limited (Tata Motors) melancarkan operasi pemasangan tempatan (CKD) untuk kenderaan Tata Motors.

Simbolik pelancaran operasi CKD dimulakan dengan Tata Super Ace, Tata Ultra 814 (7,500kg) dan lori 1014 (10,400kg) yang pertama dihasilkan di kilangnya.

Ini merupakan satu langkah strategik untuk merangsang jualan dan penguasaan pasaran rangkaian produk Tata Motors terutama dalam segmen pikap kecil dan trak ringan di Malaysia.

Pemasangan tempatan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mempromosikan ekosistem pembekal, mewujudkan peluang pekerjaan dan membangunkan kemahiran baru. 

Sambutan mengalakkan terhadap produk-produk Tata di Malaysia membolehkan kami mempercepatkan proses CKD ketiga-tiga model ini.

“Maklum balas positif yang diterima daripada pelanggan kami menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan trak Tata adalah rendah. Ia jugamenggabungkan aspek prestasi, lasak dan selamat,” kata  Ketua Pegawai Operasi DHCV Mohd Syahrul Yusuf. 

DHCV LANCAR MODEL BAHARU TATA

Ketua Kenderaan Komersil Tata Motors, Perniagaan Antarabangsa, Rudrarup Maitra menyatakan pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran operasi pemasangan ke-9 Tata di luar India. 

“Melalui operasi CKD, kami bersedia untuk menjadi rakan kongsi DHCV dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meneroka lebih banyak potensi perniagaan terutama dalam sektor awam.

“Kami akan terus menyokong operasi di sini dengan memberikan pengalaman perkhidmatan bertaraf dunia untuk parapelanggan  di Malaysia,” kata Maitra.

Bagi memacu jualan, DHCV dan Tata Motors berhasrat untuk melancarkan kempen pemasaran secara menyeluruh di semua rangkaian media.

Tags
Google ads
Back to top button