
LELAKI INI DAKWA SAMSUNG NOTE 7 PUNCA KERETA BELIAU TERBAKAR
Ini kejadian yang berlaku 2 hari lepas di St Petersburg, Florida Amerika Syarikat di mana sebuah Jeep Cherokee terbakar dan meletup dipercayai berpunca daripada telefon pintar Samsung Note 7 yang sedang dicas.
Lelaki terbabit, Nathan Dornacher mendakwa kejadian tersebut berlaku ketika beliau meletakkan kereta di sebuah kawasan lapang sementara telefon beliau dicas. Beberapa ketika selepas itu beliau medapati dari jauh keretanya terbakar dan meletup.
Pasukan keselamatan bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran namun bahagian dalaman SUV tersebut musnah sepenuhnya dijilat api.
Dalam satu kenyataan berasingan oleh konglomerat Korea Selatan itu mendakwa mereka sedang menyiasat dengan teliti bagi menentukan sepenuhnya punca kejadian. Untuk rekod, minggu lepas, Samsung membuat pengumuman memanggil semula Samsung Galaxy Note 7.
Program Pertukaran Produk telah dimulakan sejak jumaat lepas apabila Samsung menyedari terdapat masalah pada plot bateri unit Note 7 terbaru tersebut. Beberapa kejadian lain yang berlaku di seluruh dunia memaksa siasatan menyeluruh bagi produk yang baru sahaja dilancarkan awal bulan ini.
Menurut Dornacher, Samsung telah menghubungi beliau dan mengakui bahawa mereka bertanggjawab sepenuhnya dengan memberi segala input yang diperlukan. Ia sangat penting kerana ia mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja.
kredit
facebook Nathan Dornacher









