Motosikal

GEGARAN ENJIN MOTOSIKAL BOLEH ROSAKKAN KAMERA IPHONE

Kalau anda penggemar telefon pintar jenama iPhone, cuba elak letak peranti tersebut di hendal bar motosikal.

Ia berikutan tindakan itu boleh mengakibatkan kamera telefon pintar anda mengalami kerosakan.

Apple dalam satu kenyataan memberitahu mendedahkan iPhone kepada gegaran amplitud  tinggi pada jarak frekuensi tertentu terutama pada motosikal berkuasa tinggi boleh mengurangkan prestasi sistem kamera.

Syarikat gergasi teknologi itu menjelaskan lensa kamera iPhone dengan teknologi penstabilan optik imej (OIS) dan close loop autofocus boleh terjejas dengan bunyi enjin motosikal.

Menurut Apple, di dalam peranti berkenaan dilengkapi gyroscope yang membenarkan mengimbangi pergerakan dan gegaran semasa merakam foto atau video.

Justeru, Apple mansihatkan akan mengelak mendedahkan iPhone kepada gegaran amplitud tinggi. – carscoops/dailymail

Google ads
Back to top button