" "
Artikel Pilihan

TESLA CYBERTRUCK MELETUP DI LUAR TRUMP HOTEL – PUNCA KEJADIAN MASIH DALAM SIASATAN

Seorang dilaporkan terbunuh manakala tujuh lagi mengalami kecederaan selepas sebuah Tesla Cybertruck meletup di hadapan Trump International Hotel, Las Vegas, Nevada. Pihak berkuasa tempatan dan FBI telah mula menyiasat dan dikatakan ia tiada lagi ancaman terhadap warga tempatan.

Letupan tersebut berkata sejurus selepas trak pikap EV itu dipakir di hadapan lobi hotel. Rakaman CCTV menunjukkan kejadian letupan tersebut. Api letupan dilihat bermula dari bahagian dalam kenderaan selain percikan bunga api yang dikatakan berpunca dari letupan tersebut.

Beberapa video lain kemudian dimuatnaik dalam talian menunjukkan tenpat kejadian selepas letupan. Laporan ABC News menyatakan kemungkinan ia angkara pengganas. Pemandu Tesla juga turut terbunuh dalam letupan.

Seorang saksikan berkata Tesla tersebut dilihat muncul di hadapan lobi sebelum badannya direndahkan seperti sebuah bas sedang berhenti. Beliau dan suami berada di dalam lobi sebelum letupan berlaku dan diikuti dengan percikan bunga api menyebabkan keduanya segera beredar untuk menyelamatkan diri.

Sumber dari Tesla menyatakan perkara ini berada dalam siasatan mereka dan akan memaklumkan jika ada maklumat terbaru. Ini kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Donald Trump belum memberikan sebarang respon berhubung kejadian tapi anak lelakinya, Eric Trump menyatakan rasa terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan kerana bertindak pantas.

Google ads
Back to top button