Buletin

NAZA HADIAHKAN KIA SPORTAGE KEPADA ATLET EMAS RIO PARALIMPIK 2016

Naza Corporation Holdings hari ini mengumumkan bahawa ia akan menghadiahkan pemenang pingat emas Rio Paralympics 2016 dengan Kia Sportage 2016 serba baharu setiap seorang.

SM-Nasarudin-Rio-Paralympics-2016-Kia-Sportage-mekanika

Berita gembira itu diumumkan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin

“Saya sangat berbangga dengan pencapaian atlet-atlet  paralimpik Malaysia yang berjaya menyumbang pingat emas. Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza ingin memberi penghargaan kepada hero-hero Rio Paralympics 2016 ini,” kata SM Nasarudin yang kini berada di Rio, Brazil.

KIA SPORTAGE SERBA BAHARU

SM Nasarudin baru setahun memegang jawatan selaku Presiden Majlis Paralimpik Malaysia. Setakat ini, dua orang atlet iaitu Mohd Ridzuan Mohd Puzi dan Ziyad Zolkefli berjaya merangkul pingat emas. Mohd Ridzuan menerusi acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) dengan catatan masa 12.07 saat. Beliau berjaya memadam rekod atlet Ukraine, Roman Pavlyk (12.25 saat) sejak tahun 2008.

Manakala Ziyad pula mengungguli acara lontar peluru F20 dengan lontaran sejauh 16.84 meter untuk menafikan rekod atlet Australia, Todd Hodgetts sebelum ini. Beliau yang kini menyumbang dua pingat emas berjaya memperbaiki pencapaian pingat gangsa pada temasya Paralimpik London empat tahun lalu.

Tahniah dari kami di Mekanika Malaysia!

Google ads
Back to top button