
SKUTER ELEKTRIK MELETUP SEMASA DITUNGANG – PUNCA KEJADIAN BELUM DIKETAHUI
Skuter dan motosikal elektrik memang menjadi semakin popular di seluruh dunia. Faktor harga yang semakin murah dengan lambakan skuter elektrik buatan China mungkin salah satu faktor. Terbaru sebuah skuter elektrik meletup sewaktu sedang ditunggang di China mungkin memberi tamparan kepada pasaran untuk seketika. Insiden pula berlaku di tengah-tengah persimpangan jalan.

Ia berlaku di wilayah Shenzen, China sekitar jam 7 petang 7 Oktober lalu. Insiden tersebut berjaya dirakam kamera perakam pengguna jalan raya lain. Ia menunjukkan saat kritikal di mana percikan api mula tercetus sebelum nyalaan menjadi bertambah marak.
Menyedari keadaan tersebut, penunggang segera meninggalkan skuter untuk menyelamatkan diri dan skuter tersebut terus diselimuti api di tengah-tengah persimpangan jalan raya.
Penunggang skuter tersebut terjatuh beberapa inci sahaja dari skuter seblum letupan berlaku mewujudkan bola api yang besar dengan asap berkepul-kepul ke udara. Beliau turut terkena nyalaan api dan terpaksa berguling-guling untuk menyelamatkan diri dan memadamkam api pada pakaian yang dipakai. Ngeri betul.
Imej yang tular dalam media sosial China menunjukkan lelaki tersebut mengalami kecederaan akibat melecur pada bahagian muka, dada dan kaki. Beliau dilihat berdiri berhampiran lokasi kejadian sambil menunggu ketibaan petugas kecemasan. Kebakaran berjaya dipadamkan tapi skuter tu memang dan rentung la.
Punca kejadian masih belum diketahui kerana pihak berkuasa masih menjalankan siasatan. Media sosial China juga ada melaporkan tentang spekulasi tentang kemungkinan skuter elektrik tersebut telah diubahsuai menyebabkan litar pintas dan letupan namun ia tidak dapat disahkan kebenarannya. Kat sana pun boleh tahan ramai ‘pakar’ rupanya.
Namun paling penting penunggangnya terselamat walaupun mengalami kecederaan dan tiada ada pengguna jalan raya lain yang terlibat dalam insiden mengerikan ini.