Buletin

LELAKI RUSSIA CUBA PECAH REKOD DRIFT HAMPIR 18 JAM

Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lalu BMW cuba untuk mencatatkan rekod dunia untuk kategori kereta drift paling jauh dengan catatan sejauh 374.17 km menggunakan jentera M5.

Namun, untuk tempoh selama lapan jam, BMW terpaksa melakukan pengisian bahan api bagi memastikan M5 tersebut berupaya melakukan aksi drift tersebut.

Menariknya, rekod tersebut kini dipecahkan oleh seorang lelaki warga Russia, Evhgenii Novokşonov.

Cubaan tersebut tidak memerlukan jentera berkuasa tinggi seperti BMW M5, sebaliknya Evghenii menggunakan sebuah kereta sedan petak VAZ-2016 sahaja.

Tidak mahu meniru BMW dengan cara pengisian ketika sedang drift, lelaki tersebut melakukan modifikasi dengan menambah tangki tambahan sebesar 200 liter ke atas tangki asal sebesar 40 liter itu.

Cubaan rekod terbaharu itu dibuat di atas tasik beku Kaldî di bandar ketujuh terbesar Russia, Chelyabinsk, dan aksi tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube.

Jika anda mempunyai masa 17 jam yang lapang, boleh cuba tonton sendiri aksi tersebut pada pautan di bawah:

Google ads
Back to top button