
RUSSIA BELI KILANG RENAULT DENGAN HARGA 1 SEN – HARGA JUALAN DITETAPKAN TERBARU SEKITAR USD1.3B
Situasi perang antara Russia dan Ukraine belum menampakkan tanda perdamaian. Tapi jika ia berlaku rasanya tidak mustahil banyak syarikat-syarikat ternama dari Barat akan kembali ke Russia. Namun kosnya bukan murah. Bukan setakat kena beli tiket kapal terbang je nak oii.

Sekatan ekonomi akibat peperangan memang menjejaskan banyak pihak. Pengeluar kenderaan contohnya terpaksa memutuskan hubungan serta merta. Renault contohnya sebelum ini memiliki 68 peratus pegangan dalam AutoVAZ, pengeluar kenderaan Lada. Bukan pelaburan kecil malah jenama tersebut sebenarnya mengawal sekitar 30 peratus pasaran kereta Russia.
Malangnya mereka terpaksa tunduk kepada tekanan politik dan melepaskan pegangan mereka kepada firma penyelidikan automotif Russia (NAMI) dengan harga simbolik 1 Rubble (bersamaan dengan 1 sen USD).

Kalau sekatan ditamatkan dan Renault mahu menguasai kembali AutoVAZ, mereka harus membayar balik 112.5 billio Rubbles (bersamaan dengan USD1.3B). Demikian menurut CEO AutoVAZ, Maxim Sokolov.
Kenapa banyak sangat komrad? Sokolov menjelaskan yang NAMI telah melaburkan sejumlah besar dana sejak pengunduran Renault. Jumlah pelaburan yang dibuat ialah 27.5 billion rubles pada tahun 2023 dan 40 billion rubles pada 2024. Pelaburan tersebut juga akan ditambah sebanyak 45 billion rubles dalam tahun ini.
Sokolov menambah yang Renault sebenarnya telah membuat pelaburan sekitar 20-22 billion rubles setiap tahun kepada AutoVAZ. Sewajarnya mereka membayar semula imbuhan kepada NAMI jika kembali ke Russia, tambah Sokolov.
