Artikel Pilihan

RUSSIA BAKAL TERIMA NISSAN PATROL BAHARU – TERIMA KASIH CHINA

Selepas dikenakan sekatan antarabangsa kerana menceroboh Ukraine pada 2022, kebanyakan pengeluar kenderaan khususnya dari Barat telah bertindak dengan keluar dari Russia. Satu langkah yang kononnya akan merugikan Russia tapi pada masa yang sama ia menguntungkan China yang bijak mencari peluang meneroka pasaran baharu.

Pengunduran pengeluar automotif Barat membuka peluang kepada China untuk membawa masuk produk automotif mereka. Bayangkan pasaran besar dengan kuasa permintaan lebih tinggi dari pengeluaran. Memang untung la bosku. Tawarkanlah spek apa pun sahih laku keras.

Menariknya di sini, disebabkan China mempunyai JV ataupun kerjasama dengan syarikat Barat mereka kini berpeluang memasarkan kenderaan-kenderaan yang tidak dibenarkan di eksport ke Russia. Contoh terbaik ialah Nissan Patrol yang juga dikenali sebagai Nissan Armada di AS. Nissan telah menarik diri dari pasaran Russia tapi Nissan Patrol baharu ini akan ditawarkan oleh Otting (apa punya nama daa), sebuah syarikat yang kita tak pernah dengar tapi merupakan cabang kepada Sinomach Automotive.

Buat masa sekarang Otting telah memaskan SUV Paladin yang merupakan versi naiktaraf Nissan Terra. Sebuah lagi model yang dipasarkan ialah trak pikap yang dinamakan Palasso.ia merupakan Dong Feng Rich 6 yang dinamakan semula.

Kedua model tersebut dihasilkan di China melalui syarikat Zhengzhou Nissan, sebuah perusahaan gabungan Dongfeng dan Nissan sendiri.

Konon Barat nak lumpuhkan ekonomi Russia tapi akhirnya tengok siapa yang untung akhirnya. Ini memang dunia yang bijak makan yang tak berapa bijak.

Google ads
Back to top button