Artikel Pilihan

ROLLS ROYCE CIPTA KAPAL BERKUASA ELEKTRIK TERPANTAS DI DUNIA

Rolls Royce telah mengumumkan bahawa “Spirit of Innovation” iaitu kapal terbang satu tempat duduk dengan kipas dan dikuasakan dengan elektrik sepenuhnya dicipta oleh mereka telah mencatatkan rekod sebagai kapal terbang EV terpantas di dunia. Rekod ini telah disahkan oleh World Air Sports Federation yang mengawal selia semua rekod penerbangan dunia

Penerbangan ini dibuat pada bulan November dengan Spirit of Innovation mencatatkan kelajuan 555.9km/j dalam jarak 3 kilometer sekaligus memecahkan rekod kapal terbang EV sebelum ini iaitu 213km/j. Ujian ini dibuat di tapak ujian penerbangan milik kementerian pertahanan UK juga melihat kemampuan kapal terbang EV ini terbang pada kelajuan 532.1km/j dalam jarak 15 kilometer

Namun kelajuan terpantas yang dicatat oleh Spirit of Innovation ialah 623km/j menjadikannya sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana kapal terbang EV selepas ini. Rolls Royce merupakan pengeluar enjin kapal terbang di dunia juga menunjukkan kemampuan kapal terbang EV ini mendaki 3000 meter dalam masa 202 saat, lebih pantas 60 saat berbanding rekod sebelum ini

Ketika ujian dijalankan, kapal terbang EV yang menggunakan kipas ini dikuasakan oleh trenkuasa elektrik yang menghasilkan 500 kuasa kuda dan menggunakan bateri paling berkuasa yang pernah dihasilkan untuk industri penerbangan

Ujian yang dijalankan oleh Rolls Royce bertujuan untuk mengumpulkan maklumat penting berkenaan kemampuan sebenar sistem trenkuasa elektrik bagi pengangkutan urban air mobility dan sistem hibrid elektrik bagi enjin turbin. Kapal terbang ini dikuasakan dengan 6480 sel bateri, sistem elektrik 750 volt dengan kipas berputar pada 2200 RPM

Google ads
Back to top button