SEGALANYA TENTANG PORSCHE 991.1 GT3
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita akan membincangkan tentang sebuah jentera perang mewah dari Porsche iaitu Porsche 991 GT3.
Porsche 991 merupakan generasi ketiga di dalam susur galur keluarga 911. Platform pada Porsche 991 merupakan platform baru dan berlainan sama sekali dengan model sebelumnya iaitu Porsche 997.
Porsche 991 dilancarkan pada tahun 2011. Sedar tak sedar sudah 10 tahun model ini di dalam pasaran. Namun disebabkan reputasi serta rekabentuknya yang malar hijau, ia kekal relevan sehingga sekarang.
Di dalam keluarga Porsche 991, terdapat pelbagai varian. Antaranya ialah :-
- Carrera
- Carrera Cabriolet
- Carrera S
- Carrera S Cabriolet
- Carrera 4
- Carrera 4 Cabriolet
- Carrera 4S
- Carrera 4S Cabriolet
- Carrera GTS
- Carrera GTS Cabriolet
- Carrera 4 GTS
- Carrera 4 GTS Cabriolet
- Targa 4
- Targa 4S
- Targa 4 GTS
- GT3
- GT3 RS
- 911 R
- Turbo
- Turbo Cabriolet
- Turbo S
- Turbo S Cabriolet
Haa. Banyak kan ? Jadi, bila sebut Porsche je, ini lah varian yang ada dalam setiap model yang dikeluarkan. Varian manakah milik anda atau bakal milik anda ? Lagi satu, ni baru barisan varian 991.1, belum varian “Facelift” 991.2. Lagi banyak. Cuma hari ini kita hendak fokus pada varian 991.1 GT3.
𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐆𝐓𝟑 ?
Sebenarnya varian GT3 diwujudkan bagi memenuhi kriteria jentera homoglasi untuk membolehkan Porsche bersaing dalam kejohanan FIA GT Championship Group GT3.
Kita kembali kepada jentera Porsche 991.1 GT3. Jentera ini dilancarkan pada tahun 2013 di Geneva Motor Show.
Jentera ini dilengkapi dengan enjin berkod MA1.75 Flat-6 bersesaran 3,799cc(3.8L) NA. Enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 469hp pada 8,250rpm dan daya kilas sekuat 440Nm pada 6,250rpm.
Enjin ini mengambil asas enjin daripada varian Carrera S. Namun segala komponen dalamannya ditukar kepada material yang lebih baik untuk varian GT3 ini. Talaan yang diberikan juga berbeza. Nampak sama, tapi bukan dia.
Kuasa yang hebat ini kemudiannya dihantar ke kotak gear PDK 7-kelajuan. Buat julung kalinya varian GT3 tidak menerima varian manual. Namun begitu, kotak gear PDK bagi GT3 ini ditala dan ditambah baik supaya respon nya menyamai kotak gear “Sequential” yang digunakan pada jentera perlumbaan.
0-100kmh – 3.5s
Kelajuan tertinggi – 325km/h
NA ni Tuan-Tuan. Kuasa asli dari enjin. Tiada bantuan apa-apa sistem pendesak. Memang power !
Aspek pengendalian jentera ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Model 911 memang dikenali dengan pengendaliannya yang hebat. Cuma kali ini jentera ini dilengkapi dengan sistem “Rear Wheel Steering” beserta sistem Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) dengan “Fully Variable Rear Axle Differential Lock”. Selain itu, jentera ini juga dilengkapi dengan sistem Porsche Active Suspension Management (PASM) bersama dengan Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC).
Aspek keselamatan pula jentera ini dibekalkan dengan sistem seperti berikut :-
ABD – Automatic Brake Differential
ASR – Anti Slip Regulation
PSM – Porsche Stability Management
MSR – Motor Slip Regulation
POSIP – Porsche Side Impact Protection
Nampak tak, jentera ini sarat dengan teknologi terkini. Kemasan dalaman pula agak ringkas namun mewah dengan balutan kulit jenis “Alcantara”. Antara ciri menarik lain pada jentera ini adalah ia dilengkapi dengan “Roll Cage” siap dari kilang(pilihan). Penggunaan rim jenis “Single Lock” dan juga “Porsche Ceramic Composite Brake”.
Laju, mewah, selamat. Jadi disini nampak kan kenapa dia mahal ?
Ketika dilancarkan di Malaysia pada tahun 2014, harganya bermula RM1.23 juta. Sekarang ? Carian di atas talian mendapati jentera ini boleh didapati dengan harga sekitar RM610,000-RM890,000 bagi unit terpakai.
𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐫𝐞𝐥𝐞𝐯𝐚𝐧𝐤𝐚𝐡 𝐣𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐢 ?
Bila bercerita tentang model Porsche terutamanya 911, ia masih relevan dan akan kekal relevan. Model ini mempunyai pengukutnya tersendiri.
Bagi varian 991.1 GT3 ini pula, ia terletak di antara kategori “Street” dan juga “Track”. Mungkin ada yang berpendapat tambah duit sikit dah dapat GT3RS. Tapi tidak semua orang mahukan jentera khusus untuk trek.
Varian GT3 ini masih ada sifat sopan sebagai jentera “Street” dan juga agresif ke arah jentera “Track”. Nak cerita susah, kena bawa sendiri baru tahu perasaannya bagaimana.
Jika ada kemampuan, sambar lah sebiji dua.
𝐑𝐚𝐫𝐞 𝐭𝐚𝐤 𝐣𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐢 ?
Produksi jentera 991.1 GT3 ini bermula pada tahun 2013 dan berakhir pada tahun 2016. Sepanjang 3 tahun produksinya, sebanyak 6,300 unit dihasilkan dan dijual ke pasaran global.
Jika di Malaysia, boleh tahan “Rare” juga sebenarnya. Payah nak jumpa GT3 ni atas jalan.