" "
Buletin

LIHAT SECARA DEKAT TANK 300 PADA SIRI JELAJAH GWM

Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan GWM Tank 300 kepada rakyat Malaysia.

SUV off-road yang lasak dan mewah itu bakal membuat penampilan pertama sebagai model perintis dalam siri Tank di Malaysia.

Jadual siri jelajah Tank 300 adalah seperti berikut: 

Acara tersebut akan mempamerkan barisan model di bawah jenama GWM yang kini dipasarkan seperti ORA Good Cat dan coupe elektrik ORA 07, yang baru sahaja dilancarkan. Pengunjung turut berpeluang menikmati pratonton eksklusif SUV hibrid segmen C yang akan datang — GWM Haval H6 HEV.

GWM Tank 300 ialah SUV off-road versatil yang menggabungkan aspek kemewahan dan pengembaraan, selain dilengkapi pelbagai ciri. Kenderaan pacuan empat roda itu hadir dengan differential lock hadapan dan belakang. Sekali gus menyerlahkan lagi kemampuannya untuk menempuh apa jua permukaan jalan.

GWM Tank 300 kini menguasai pasaran SUV off-road di China dengan lebih 50 peratus dan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai SUV off-road terlaris selama 39 bulan berturut-turut.

“Tank 300 adalah salah satu daripada barisan produk terbaik GWM dalam usaha kami mempromosikan kenderaan mesra pengguna untuk pasaran Malaysia.

“Kami juga sentiasa komited untuk menawarkan pilihan ideal kepada penggemar pemanduan off-road agar dapat mengendalikan Tank mereka dengan selesa dan keselamatan yang optimum,” kata Pengarah Urusan GWM Malaysia Mike Cui An Qi.

Google ads
Back to top button