BYD PENAJA RASMI UEFA EURO 2024, SIME DARBY TAWAR KEMPEN MENARIK, BERPELUANG MENANGI TIKET FINAL ATAU SEMI-FINAL!
Sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai penaja rasmi Kejuaraan Bola Sepak Eropah UEFA 2024™ (UEFA EURO 2024™), Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan kempen bertujuan mempromosikan mobiliti mampan di kalangan pemandu Malaysia sambil menawarkan peluang menarik untuk merasai pengalaman UEFA EURO 2024™ secara langsung.
Sepanjang tempoh kempen dari 1 hingga 30 April, pelanggan yang mendaftarkan kenderaan elektrik BYD ATTO 3 dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berpeluang memenangi tiket ke Final atau Separuh Akhir UEFA EURO 2024™.
Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh menghantar penyertaan mereka di mana-mana daripada 21 pengedar BYD di seluruh Malaysia.
Bagi merancakkan lagi kempen ini, Sime Darby Motors juga akan menganjurkan Acara UEFA EURO 2024™ dari 19 hingga 21 April di Carpark B, Stadium Bukit Jalil, menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk peminat.
Kempen ini juga boleh diakses di bilik pameran BYD di seluruh negara sehingga 30 April 2024, menawarkan pelanggan rebat istimewa, kredit caj dan Program Terlebih Dagangan eksklusif (Overtrade Programme) untuk BYD ATTO 3.
Menurut Pengarah Urusan SDM, Asia Tenggara, Jeffrey Gan, inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan elektrik sebagai sebahagian daripada komitmen BYD kepada penyelesaian pengangkutan yang mampan.
Komitmen BYD untuk mengurangkan pelepasan karbon sejajar dengan matlamat UEFA untuk menganjurkan Kejohanan Eropah yang paling mampan setakat ini.