
GWM MALAYSIA SAMBUT ULANG TAHUN KEEMPAT, PELUANG MENANG ORA 5 Hi2 HEV, HADIAH SEHINGGA RM100K MENANTI
GWM Malaysia meraikan ulang tahun keempat operasinya di negara ini dengan menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pelanggan, termasuk peluang memenangi sebuah SUV terbaharu GWM ORA 5 Hi2 HEV menerusi cabutan bertuah khas sempena sambutan berkenaan.
Kempen yang membawa tema “GROW WITH MALAYSIA: Together We Grow. Together We Go.” itu turut menampilkan cabutan bertuah bulanan dengan jumlah hadiah keseluruhan sehingga RM100,000 serta pelbagai tawaran istimewa sempena penghujung tahun.
Menerusi kempen tersebut, pelanggan yang membeli dan mendaftarkan model GWM terpilih bermula 1 November hingga 31 Disember 2026 secara automatik berpeluang menyertai cabutan bertuah utama untuk memenangi sebuah GWM ORA 5 Hi2 HEV. Pemenang dijadualkan diumumkan pada Januari 2027.

Selain hadiah utama, GWM Malaysia turut menyediakan cabutan bertuah berasingan bagi November dan Disember dengan jumlah hadiah terkumpul sehingga RM100,000 sepanjang tempoh kempen.
Dari segi tawaran pembelian, GWM WEY G9 ditawarkan dengan kadar pembiayaan serendah 0.08 peratus, bantuan tukar beli RM5,000 serta perkhidmatan telematik kenderaan percuma selama lima tahun. Pembeli varian PHEV turut menerima pengecas dinding rumah secara percuma.
Sementara itu, GWM HAVAL H6 HEV menawarkan manfaat hujung tahun bernilai RM17,000, bantuan insurans RM3,000 serta jaminan bateri sistem hibrid selama 10 tahun.

Bagi model GWM TANK 500 pula, pelanggan boleh menikmati bantuan insurans RM5,000 berserta jaminan seumur hidup untuk enjin, transmisi dan sistem HEV.
GWM TANK 300 turut menerima bantuan insurans pada nilai sama serta jaminan seumur hidup bagi enjin dan transmisi.
Tidak ketinggalan, GWM ORA Good Cat ditawarkan pada harga bermula RM94,000 untuk unit terhad, termasuk pengecas dinding rumah percuma.

Secara keseluruhan, pelanggan yang membeli model terpilih turut menikmati kemudahan RFID TNG GWM secara percuma serta penyelenggaraan berkala tanpa bayaran selama lima tahun, merangkumi kos buruh dan alat ganti, tertakluk kepada terma dan syarat.
Dalam perkembangan sama, GWM HAVAL H6 HEV Special Edition yang dihadkan kepada 100 unit ditawarkan dengan pakej aksesori bernilai RM6,000.
Pakej berkenaan merangkumi kemasan skirt hadapan, sisi dan belakang, pelindung pintu, filem penapis haba penuh serta lencana khas Special Edition.


GWM turut memperkenalkan TANK 500 HEV Black Edition pada harga RM336,800 atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Langkawi.
Edisi terhad itu menampilkan kemasan luaran hitam serta sambungan aplikasi GWM Intelligent App yang membolehkan pemilik mengawal beberapa fungsi kenderaan dari jauh, memantau status kenderaan dan menyemak lokasi.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ini, GWM Malaysia turut merancang penganjuran GWM Open House Weekenders yang menawarkan sesi pandu uji, pelbagai aktiviti serta ganjaran eksklusif kepada pengunjung.
Orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran sah GWM yang mengambil bahagian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barisan model, kelayakan cabutan bertuah serta syarat tempahan dan pendaftaran.









