Buletin

MASA TERBAIK MILIKI LOTUS

Jika anda peminat jentera Lotus, Lotus Cars Malaysia semalam mengumumkan pakej harga baru yang menarik. 

Exige S

Jadi, inilah masa paling sesuai untuk memiliki dan merasai pengalaman memandu antara kereta sports terbaik yang pernah dibina. Warisan Formula 1 dan kebijaksanaan ciptaan pengasas Lotus, Colin Chapman masih dikekalkan dalam setiap kereta Lotus yang dibina menggunakan tangan di kilangnya di Hethel, United Kingdom.

Lotus-Mekanika (7)

Harga baru itu bermula RM279,888 untuk model Elise S dan RM405,777 bagi mereka yang berminat membeli Exige S Coupe. Exige S Roadster pula ditawarkan pada harga  RM410,777. Sementara model tertinggi, Evora S berharga RM475, 999 seunit.

Lotus-Mekanika (2)

Selain harga yang menarik itu, para pemilik baharu pasti menghargai pakej jaminan kilang selama tiga tahun serta servis dan penyelenggaraan percuma untuk dua tahun.

Lotus-Mekanika (5)

Tidak cukup? Pakej itu turut merangkumi sekali penyertaan Akademi Pemanduan Lotus secara percuma. Di Akademi Pemanduan Lotus, para pemilik akan diajar untuk meneroka keupayaan kereta Lotus dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Mereka akan dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman.

Evora S

Dengan strategi harga baru ini, Lotus Cars Malaysia berharap dapat berkongsi keterujaan memiliki sebuah kereta sport mampu milik bersama audien yang lebih luas.

Rangkaian kereta Lotus boleh dilihat secara dekat di pusat 3S Lotus Cars Malaysia di Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala.  Untuk pertanyaan atau pandu uji, sila hubungi talian 03-7725 0182.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button