Buletin

TEMPAHAN LEXUS RC 350 LUXURY & RC F DIBUKA!

Lexus Malaysia hari mengumumkan bahawa pihaknya sudah membuka tempahan model terbaharunya, Lexus RC coupe mulai hari ini. 

Lexus-RC-350-Luxury-mekanika (3)

Lexus RC coupe ditawarkan dalam dua varian iaitu Lexus RC 350 Luxury and RC F. Harganya? Anda boleh memiliki sebuah Lexus RC 350 Luxury pada harga RM537,865 seunit dan RM 794,221 untuk model RC F (di atas jalan termasuk insurans).

Lexus-RC-F-mekanika (2)

Lexus RC 350 Luxury dikuasakan oleh unit enjin 24 injap DOHC V6 bersesaran 3.5 liter. Ia berupaya menjana kuasa mencecah 312hp @ 6,400rpm dan tork puncak 378hp @ 4,800rpm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh cuma 6.3 saat dengan kelajuan maksimum 230km/j.

Lexus-RC-F-mekanika (1)

RC F pula menggunakan khidmat enjin jauh lebih berkuasa. Enjin V8 5.0 liter itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 470hp @ 7,100rpm dan tork 530Nm di antara  4,800 – 5,600rpm. Dengan kelajuan maksimum 270km/j, RC F hanya memerlukan masa 4.5 saat untuk mencapai 100km/j.

Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Lexus-RC-350-Luxury-mekanika (5)

Ruang dalaman jentera itu menyerlahkan kemewahan sebuah kenderaan Lexus. Lexus RC 350 Luxury dilengkapi sistem audio bunyi keliling Mark Levinson® Premium dengan 14 unit pembesar suara (17 unit untuk model RC F).

Lexus-RC-350-Luxury-mekanika (2)

Ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Lexus RC 350 Luxury dan RC F, anda boleh berkunjung ke mana-man bilik pameran Lexus Damansara, Kuala Lumpur, Sungai Besi, Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuching dan Ipoh. Atau hubungi talian 1-800-88-LEXUS (53987).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button