Buletin

LOTUS EVIJA CATAT MASA SUKU BATU LAGI PANTAS DARIPADA VEYRON SUPER SPORT – UJIAN AUTOCAR

Lotus Evija, salah satu kereta produksi paling berkuasa di dunia, telah mencipta sejarah baharu dalam Ujian Jalan Raya Autocar. Kereta hiper elektrik ini berjaya memecahkan pelbagai rekod prestasi, sekali gus menetapkan standard baharu dalam kejuruteraan automotif.

Susulan mulanya penghantaran kepada pelanggan, Evija telah diuji dalam ujian jalan raya Autocar.

Dalam ujian ini, Evija mengatasi semua pesaing dalam metrik pecutan utama. Evija adalah kereta terpantas yang pernah menjalani ujian tersebut sejak ia dimulakan pada April 1928.

Evija mencatatkan masa terpantas untuk pecutan 0-200 mph (0-322 km/j) dari pegun dan menamatkan suku batu dari pegun serta kilometer dari pegun lebih pantas daripada mana-mana kereta sebelum ini.

Dari 100-150 mph (161-241 km/j), Evija hampir tiga saat lebih pantas berbanding mana-mana kereta hiper yang pernah diuji oleh Autocar.

Jarak masa ini meningkat kepada lima saat apabila mencapai pecutan 150-200 mph (241-322 km/j).

Lebih mengagumkan, Evija memecut dari 150-180 mph (241-290 km/j) dalam hanya 2.7 saat, masa yang sama diambil oleh sedan berprestasi tinggi biasa untuk bergerak dari 60-90 mph (97-145 km/j).

Evija juga merupakan salah satu daripada tiga kereta produksi sah jalan raya yang Autocar catat mencapai 200 mph (322 km/j) dari pegun.

Evija mencapai kelajuan tersebut dalam jarak kurang dari satu kilometer dari pegun dengan banyak ruang untuk membrek dalam satu batu.

Walaupun kelajuan maksimumnya dihadkan kepada 217.4 mph (350 km/j), kereta terpantas lain biasanya hanya mampu mencapai 180 mph (290 km/j) dalam jarak yang sama.

Matt Saunders, editor ujian jalan raya Autocar, menyatakan bahawa pembuat kereta hiper telah lama beralih fokus daripada kelajuan tertinggi sebagai kelebihan utama.

Sesetengah memilih kelajuan litar mutlak, tetapi Lotus memilih sesuatu yang boleh menjadi benar-benar luar biasa dengan motor elektrik berkuasa; pecutan 0-200 mph (0-322 km/j) dari pegun dan pecutan kilometer dari pegun.

Beliau turut berkata, Bugatti Veyron pada 2011 meningkatkan standard yang dicatatkan McLaren F1 pada 1994 sebanyak 21 peratus. Namun, jika dilihat secara perkadaran, lonjakan Evija pada 2025 adalah dua kali ganda lebih besar.

Ujian jalan raya 10 halaman Autocar untuk Evija bernilai £2 juta (RM11.32 juta( dengan kuasa 2013 bhp ini dimuatkan dalam isu Autocar 30 Julai.

Di sebalik pencapaian ini, perlu diketahui bahawa pesaing utama Evija ialah kereta hiper elektrik lain yang turut mempunyai ledakan kuasa secara spontan.

Rekod Autocar yang Dipecahkan oleh Lotus Evija

Berikut adalah perbandingan rekod yang dicatatkan oleh Lotus Evija:

0-150 mph (0-241 km/j)

  • Lotus Evija (2025): 7.7 saat
  • Tesla Model S Plaid (2023): 9.4 saat
  • Lamborghini Revuelto (2024): 10.0 saat
  • Bugatti Veyron Super Sport (2011): 10.2 saat
  • Ferrari SF90 Stradale (2021): 10.4 saat

0-200 mph (0-322 km/j)

  • Lotus Evija (2025): 13.0 saat
  • Bugatti Veyron Super Sport (2011): 22.2 saat
  • McLaren F1 (1994): 28.0 saat

Suku Batu dari Pegun

  • Lotus Evija (2025): 9.5 saat pada 171.6 mph (276.2 km/j)
  • Tesla Model S Plaid (2023): 9.6 saat pada 152.1 mph (244.8 km/j)
  • Lamborghini Revuelto (2024): 9.9 saat pada 149.3 mph (240.3 km/j)
  • Ferrari SF90 Stradale (2021): 9.9 saat pada 146.8 mph (236.3 km/j)
  • Bugatti Veyron Super Sport (2011): 10.1 saat pada 147.9 mph (238.0 km/j)

Kilometer dari Pegun

  • Lotus Evija (2025): 16.2 saat pada 217.4 mph (350.0 km/j)
  • Lamborghini Revuelto (2024): 17.7 saat pada 186.6 mph (300.3 km/j)
  • Ferrari SF90 Stradale (2021): 17.9 saat pada 184.2 mph (296.4 km/j)
  • Tesla Model S Plaid (2023): 17.9 saat pada 158.5 mph (255.1 km/j)
  • Bugatti Veyron Super Sport (2011): 18.0 saat pada 183.4 mph (295.1 km/j)

Google ads
Back to top button