Buletin

MAZDA CX-5 2.5L TURBO SUDAH TIBA!

Bermaz Motor, pemegang hak edaran jenama Mazda di Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan varian terkini SUV CX-5 mereka. Model yang dimaksudkan ialah varian CX-5 2.5 liter turbo yang paling berkuasa pernah diperkenalkan oleh Mazda Malaysia.

Malah dalam standard SUV dalam segmen C, varian 2.5L ini adalah yang paling berkuasa dengan enjin empat selinder Skyactive-G 2.5L turbocharged yang menghasilkan sejumlah 230ps dan 420Nm tork. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik dengan pacuan kesemua roda (AWD).

Bermaz Motor akan mengadakan roadshow di Sunway Pyramid bermula esok (4 September) hingga 9 September 2019. Model baru ini juga akan dipamerkan di sana bersama-sama dengan model lain.

Tiada harga diumumkan setakat ini. Menurut pihak Bermaz, mereka akan mengumumkan harga jualan rasmi dalam sedikit masa lagi.

Google ads
Back to top button