Buletin

MAZDA MX-5 30TH ANNIVERSARY EDITION, WARNA TERANG RACING ORANGE!

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Pengeluar kereta sekarang ini dilihat lebih berani dalam bereksperimen. Pereka tidak semestinya tertakluk kepada falsafah tradisional dan terus bebas meneroka dalam mendefinisikan identiti model keluaran mereka.

Pengeluar juga lebih berani dalam menampilkan warna kenderaan. Jika dahulu warna standard ialah hitam, putih, merah, kelabu dan hijau sekarang ini warna-warna berani sudah biasa digunakan.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Hijau terang, kuning dan oren selamba sahaja digunakan. Bukan setakat terang, warna kelam seperti kelabu dan kusam (matte) pun sudah menjadi normal.

Jika tidak ditawarkan pengeluar, pemilik sendiri akan membalut seluruh kereta mereka dengan pelekat pilihan.

Ini satu lagi contoh pengeluar yang berani menggunakan warna terang untuk model keluaran mereka.

Mazda MX-5 adalah sebuah model ikonik dalam sejarah automotif moden. Walaupun terasa seperti baharu, model ini sebenarnya sudah berusia.

Tiga dekad selepas pertama kali diperkenalkan di Pameran Kenderaan Chicago 1989, model ini kembali dengan edisi istimewa MX-5 30th Anniversary Edition.

Selepas 30 tahun dan lebih daripada 1 juta unit dijual, MX-5 telah berkembang dari sebuah model jalanan kepada ikon yang dimiliki oleh peminat di seluruh dunia.

Peminat ini yang telah membantu dalam menyokong pembangunan MX-5 daripada satu generasi ke satu generasi dan akhirnya menjadi roadster dua tempat duduk terlaris dunia.

MX-5 30th Anniversary Edition dilancarkan sebagai penghormatan kepada para peminat MX-5 dan lambang harapan tinggi Mazda untuk masa depan kereta sport keluarannya.

Satu ciri khas dan istimewa model ini ialah warna badan Racing Orange yang baru dikeluarkan dan khusus untuknya sahaja.

Model ini turut istimewa dengan roda aloi yang dibuat khusus dengan kerjasama Rays Co Ltd. dan emblem ulang tahun ke-30 yang mempunyai nombor siri model.

Ciri-ciri unik lain angkup brek berwarna oren dan brek depan Brembo.

Tema warna oren diteruskan pada bahagian dalaman dengan riasan pada kerusi, pelapik pintu, stereng, corong penyaman udara dan tombol gear.

Kelengkapan istimewa lain ialah kerusi Recaro, bahan pelapik pintu daripada Alcantara dan panel instrumen.

Sistem hiburan model ini dilengkapi sambungan Apple Carplay dan Android Auto.

MX-5 ini dibekalkan enjin 2.0 liter Skyactiv-G berkuasa 184 ps dengan transmisi manual enam kelajuan, LSD, suspensi Bilstein dan strut-brace.

Mazda MX-5 30th Anniversary Edition akan ditawarkan ke pasaran global dengan keluaran terhad 3,000 unit sahaja.

Model RF boleh dimiliki pada harga £29,895 (RM157,546) manakala model convertible pula pada harga £28,095 (RM148,101).

*1 GBP = RM 5.27

BACA: MAZDA3 MPS – JENTERA PERANG BUKAN ROTARY DARI MAZDA YANG BERBALOI DIMILIKI

BACA: MAZDA3 HATCHBACK DAN SEDAN 2019, TAMPIL BERGAYA DAN ARTISTIK

Tags
Google ads
Back to top button