" "
Buletin

TEMPAHAN PROTON X70 2025 KINI DIBUKA – DILENGKAPI APPLE CARPLAY/ANDROID AUTO

PROTON hari ini mengumumkan bahawa tempahan pra-pelancaran untuk PROTON X70 2025 kini dibuka.

Sama seperti PROTON X50 2024, PROTON X70 2025 akan menawarkan harga dan pakej istimewa untuk pelanggan awal sebagai tanda penghargaan.

PROTON X70 2025 menampilkan bahagian luar yang diperbaharui dengan ketara serta prestasi lebih baik, sekaligus menjadikan ia lebih menarik secara estetik dan memberikan pengalaman pemanduan lebih memuaskan.

Hampir enam tahun selepas Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) diperkenalkan untuk SUV segmen C premium, PROTON X70 2025 kini dilengkapi dengan sistem ADAS tahap 2 yang dipertingkatkan untuk keselamatan dan kemudahan lebih baik.

Ciri-ciri yang akan disertakan adalah seperti skrin Infotainment bersaiz 12.3-inci dengan ketersambungan Android Auto dan AppleCarplay.

Aplikasi PROTON Link juga menerima fungsi tambahan untuk menghidupkan enjin dan menyejukkan kenderaan dari jarak jauh.

Selain itu, bahagian dalaman kabin telah dikemas kini dengan tempat duduk kulit Nappa berwarna kelabu batu dan lampu ambien pelbagai warna.

Untuk spesifikasi lebih terperinci, maklumat tambahan akan didedahkan semasa pelancaran rasmi tidak lama lagi.

Pelanggan yang berminat digalakkan untuk menghubungi penasihat jualan PROTON atau mengunjungi bilik pameran 3S dan 4S PROTON terdekat untuk membuat tempahan dengan bayaran deposit RM500.

GALERI:

Google ads
Back to top button