Buletin

MAZDA3 HYBRID DIJUAL DI JEPUN

Mazda Axela atau Mazda3 versi hibrid mula dijual di pasaran Jepun mulai minggu ini. Pendekatan itu dilihat sedikit berbeza kerana Mazda memang terkenal prinsip yang lebih gemar menggunakan enjin konvensional untuk kenderaannya.   Mazda3_SkyActiv_Hybrid

Justeru, sistem hibrid yang dipasang pada Mazda3 Hybrid dikatakan diambil daripada Toyota. Sistem sama yang menggerakkan model hibrid popularnya, Prius.

Sistem hibrid pada Mazda3 Hybrid (sedan sahaja) digabungkan dengan enjin petrol SKYACTIV-G bersesaran 2.0 liter. Kuasa enjin kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear CVT.

mazda-3-hybrid-8

Merujuk ke laman web rasmi Mazda, ia mendakwa jentera hibrid tersebut menawarkan penggunaan bahan api 30.8 kilometer bagi setiap liter petrol (3.2 liter untuk 100km) berdasarkan kepada ujian JC08.

Memandangkan ini merupakan model hibrid, maka beberapa ciri seperti i-Stop, i-ELOOP dan sistem brek janaan semula yang ada pada model bukan hibrid ditiadakan. Kapasiti butnya juga lebih kecil berbanding Mazda3 sedan bagi menempatkan bateri dan komponen hibird lain yang dipasang pada gandar belakang.

mazda-3-hybrid-4

Setakat ini, memang tiada berita bahawa Mazda akan menawarkan versi tersebut ke pasaran luar termasuklah Malaysia. Apatah lagi insentif kerajaan untuk kenderaan hibrid akan berakhir pada Disember depan.

Di pasaran Jepun, Mazda3 Hybrid ditawarkan pada harga 2,499,000 yen (RM80,858). Harga itu merupakan kenaikan sebanyak 13 peratus berbanding model biasa.

grade_hybrid_s_img

Dalam perkembangan berkaitan, Mazda Motor Corp. meletakkan sasaran untuk menjual kira-kira 500,000 unit Mazda3 di seluruh dunia. Ini merupakan sasaran paling tinggi pernah diletakkan oleh Mazda untuk model paling larisnya itu. Model itu mewakili 30 peratus daripada jualan global Mazda berjumlah 1.25 juta unit pada tahun lalu.

“Kami perlu mencapai sasaran ini. Pada masa yang sama mencatat jualan tahunan sebanyak 1.7 juta unit kenderaan,” kata Pegawai Pengurus Eksekutif Mazda Motor Corp., Masahiro Moro.

[hr] Galeri 

mazda-3-hybrid-5grade_hybrid_s_img2grade_hybrid_s_img3grade_hybrid_s_img5

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button