Pandu Uji

NISSAN GRAND LIVINA BAHARU

MPV Grand Livina banyak mengubah nasib jenama Nissan di pasaran tempatan. Memang ada model Nissan yang popular sebelum ini. Tetapi, keupayaan Grand Livina untuk kekal diminati ramai untuk tempoh yang lama, itu bukan satu tugas mudah. 

Kejayaan Grand Livina didorong oleh beberapa faktor penting. Antaranya ialah harga mampu milik, praktikaliti sebagai sebuah kenderaan keluarga, penjimatan bahan api, kualiti dan nama Nissan yang kuat. Sejak diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun Disember 2007, ia menjadi MPV bukan nasional terlaris dengan lebih 65,000 unit telah terjual.

03 New Nissan Grand Livina in Bronze Gold

Mahu memberi nafas baharu kepada MPV tersebut, pengedar kenderaan jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan versi terbaharu Grand Livina untuk pengguna tempatan. Ini bukan facelift yang setakat tukar bampar depan dan lampu. Ia melibatkan 50 penambahbaikan pada aspek luaran dan dalamannya.

“Kami percaya bahawa pengekalan konsep asas iaitu ‘Pemanduan seperti sedan, kemampuan seperti MPV’, pasti dapat menarik minat lebih ramai keluarga muda yang menjalani gaya hidup urban serta gemar melakukan aktiviti luar,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

01 New Nissan GL

Penampilan luaran Grand Livina menyerlah menerusi kombinasi gril hadapan krom bersama panel horizontal serta garis-garis bampar hadapan dan lampu utama yang agresif. Perubahan ketara pada bahagian belakang ialah lampu yang diletakkan secara mendatar, sekali gus membuatkan MPV ini nampak lebih lebar dan sporty.

Sama seperti model sebelumnya, Nissan mengekalkan unit enjin yang sudah terbukti menjimatkan minyak iaitu HR16DE atau MR18DE. Enjin empat silinder aluminium sepenuhnya ini adalah kompak dan ringan. Ia dilengkapi teknologi kawalan injap pemasaan yang menawarkan prestasi responsif dan lebih lancar. Stereng Kuasa Elektrik (EPS) pula memudahkan aspek pengendalian serta membantu mengurangkan penggunaan minyak.

03 New Nissan GL

Sebagai sebuah kenderaan keluarga, aspek keselamatan tidak dipandang ringan. Grand Livina memenuhi piawaian ujian pelanggaran terkini UNECE. Sementara dua beg udara SRS kini menjadi ciri standard. Di samping  Binaan Zon Badan Nissan, Stereng Boleh Lipat, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist System (BA) dan Anti-Lock Braking System (ABS).

Skim warna dua tona untuk ruang dalaman serta fabrik baharu merupakan antara pembaharuan penting pada Nissan Grand Livina. Imej premiumnya diserlahkan lagi menerusi kluster meter baharu bersama Paparan Pelbagai-Maklumat (MID) yang memaparkan maklumat penting kenderaan seperti penggunaan bahan api dan jarak yang masih berbaki.

05 New GL_Interior

Sebagai tambahan, stereng tiga jejari kini dilengkapi butang kawalan unit audio 2DIN dan MID. Butang-butang kawalan ini diiluminasi agar mudah dioperasi pada waktu malam.

Satu ciri utama yang terus dikekalkan adalah keselesaan Grand Livina. Aspek itu diperoleh menerusi rekaan tempat duduk dan penggunaan ruang yang bijak.  Sebagai contoh, hanya satu langkah sahaja diperlukan untuk melipat tempat duduk belakang tanpa perlu mengalihkan perehat kepala yang kini bersaiz lebih besar.

14 New GL_Flexibility Seating Arrangement_4

Sistem Kunci Pintar Nissan (i-Key) pula membolehkan pemandu dan penumpang masuk tanpa perlu menggunakan kunci. Butang penghidup enjin juga ditawarkan pada model ini. Dengan i-Key, pemandu tidak perlu lagi menggunakan kunci ketika hendak masuk daripada MPV yang memiliki tujuh tempat duduk ini.

“Hari ini, kita dikelilingi oleh terlalu banyak teknologi dan gajet dalam kehidupan seharian. Situasi ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk mengetengahkan Grand Livina sebagai satu platform bagi menghimpunkan semua ahli keluarga dalam satu ‘ruang’ dan membolehkan mereka berkomunikasi di antara satu sama lain,” tambah Tan sambil memberitahu Grand Livina dibina berasaskan tema kegembiraan.

05 Rear view of the New Nissan Grand Livina

MPV ini hadir dalam tiga varian iaitu 1.6L Manual, 1.6L Auto dan 1.8L Auto. Aksesori pilihan serta versi talaan IMPUL ada disediakan untuk  semua varian tersebut. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu biru, hitam, emas, putih dan perak.

Grand Livina ditawarkan pada harga bermula RM86,880 dengan jaminan selama 3 tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

06 New Nissan Grand Livina IMPUL

ETCM mensasarkan untuk menjual 2,500 unit Grand Livina  menjelang akhir tahun ini. Lebih menarik lagi, para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan hanya RM599 (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk memiliki MPV ini.  Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my

Appendiks

Ciri-ciri utama Nissan Grand Livina Baharu

Luaran

Dalaman

Utiliti/ Ciri-ciri

▪   Gril hadapan krom

▪   Lampu utama yang menyerlah

▪   Bampar hadapan dengan lampu kabus (1.8L Auto)

▪   Bampar belakang dengan pemantul belakang bersepadu

▪   Lampu belakang horizontal

▪   Cermin sisi dengan lampu isyarat membelok  LED (1.8L Auto)

▪   Rim aloi 15” V-spoke

▪   Acuan sisi kenderaan

▪   Meter visi dengan MID

▪   Fabrik baharu & skim warna dua tona untuk tempat duduk

▪   Stereng dengan rekaan baharu bersama butang kawalan audio & MID

▪   Sistem kemasukan tanpa kunci i-Key  & butang penghidup enjin tanpa kunci (1.8L Auto)

▪   Audio 2-DIN yang besar

▪   Tali pinggang pra-regangan dan pengehad bebanan untuk pemandu dan penumpang hadapan

▪    Susunan tempat duduk yang fleksibel

 

Warna baharu

▪   Graphite blue

▪   Diamond black

▪   Bronze Gold

02 New Nissan GL

Pakej Aksesori Pilihan:

Pakej Navi

1.6L : RM4,000

1.8L : RM3,700*

Pakej Mewah

1.6L : RM3,800

1.8L : RM3,500*

Pakej Keluarga

1.6L : RM7,000

1.8L : RM6,700*

Plat sisi LED tahan karat Plat sisi LED tahan karat Plat sisi LED tahan karat
Lampu isyarat membelok LED* Lampu isyarat membelok LED* Lampu isyarat membelok LED*
Visor pintu Visor pintu Visor pintu
N/A Tempat duduk & panel pintu gabungan kulit

(ditawarkan dalam warna beige/hitam)

Tempat duduk & panel pintu gabungan kulit

(ditawarkan dalam warna beige/hitam)

N/A Tinting (Solar Guard) Tinting (Solar Guard)
Navigasi Multimedia 6.5” dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, ketersambungan iPod, USB dan Bluetooth N/A Navigasi Multimedia 6.5” dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, ketersambungan iPod, USB dan Bluetooth
Panel LCD 10.1” pada bumbung N/A Panel LCD 10.1” pada bumbung
N/A Tinted filem kepada V-Kool Elite Tinting: RM1,500 Tinted filem kepada V-Kool Elite Tinting: RM1,500

*Lampu isyarat membelok LED adalah standard untuk varian 1.8L. Ia tidak termasuk dalam pakej Aksesori Pilihan untuk varian 1.8L.

 01 New GL_IMPUL_Front

Pakej IMPUL:

ALAT GANTI

HARGA (RM)

 

Aerokit lengkap IMPUL (spoiler bampar depan dan belakang, skirt sisi dan spoiler belakang)

RM3,500

*(Diskaun 50% sewaktu promosi pelancaran untuk pembelian kereta baharu)

 

Sistem suspensi sports IMPUL

RM2,800

 

Peredam ekzos IMPUL Blast 2

RM1,800

 

Rim Aloi 17” IMPUL AURA SX-20

(4 unit termasuk cap tengah dan injap udara)

RM4,500

 

Goodyear Eagle F1 Directional 5 (4 unit)

RM1,800

[hr] Galeri

03 New GL_IMPUL_Rear02 The New Nissan Grand Livina07 New Nissan Grand Livina IMPUL10 New GL_New Fine Vision Meter with MID

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button