Peranti

Logitech Bluetooth Mouse M557

Baru-baru ini, syarikat teknologi terkenal Logitech memperkenalkan Logitech Bluetooth Mouse M557 yang direka agar dapat berfungsi dengan semua peranti yang anda gunakan.

bluetooth-mouse-m557 (2)

Ia boleh disambung dengan mana-mana komputer peribadi, Mac atau tablet Windows yang memiliki ketersambungan Bluetooth tanpa memerlukan receiver.

“Anggaplah Logitech Bluetooth Mouse M557 sebagai mouse untuk apa jua peranti yang anda gunakan. Tidak kira sama ada PC, Mac atau tablet Windows, mouse ini berbeza. Baterinya yang tahan lama memudahkan anda dan mengurangkan kos,” kata Pengarah Serantau untuk Asia Tenggara Logitech, Prasenjit Sarkar.

bluetooth-mouse-m557

Dengan Logitech Bluetooth Mouse M557, anda tidak perlu menukar baterinya sehingga 12  bulan!  Tetapi ia tetap bergantung kepada kekerapan penggunaannya. Mouse ini juga terus boleh digunakan sebaik sahaja anda meletakkan tangan di atasnya. Tidak ada lag atau sebagainya.

Setting Logitech Bluetooth Mouse M557 juga boleh diubah suai. Anda boleh mengubah bagaimana butang berfungsi mengikut kecenderungan anda menerusi perisian Logitech.

Harga? Anda boleh memiliki mouse ini pada harga RM119 seunit. Ia dijangka berada di pasaran pada pertengahan bulan ini. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.logitech.com/my atau www.facebook.com/LogitechMalaysia

[hr] Galeri

bluetooth-mouse-m557 (1)Logitech Bluetooth Mouse M557 (2)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button