Buletin

MENANGI KREDIT TOUCH ‘N GO BERNILAI RM888 DAN BEG GALAS TARGUS DENGAN GOODYEAR

Goodyear Malaysia menutup tirai tahun 2020 dengan menawarkan hadiah mingguan dan bulanan menarik sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya.

Bermula14 Disember 2020 hingga 28 Februari 2021, pengguna yang membeli tayar Goodyear layak untuk menyertai peraduan dan boleh mendaftar pembelian mereka di laman sesawang Goodyear Malaysia’s Worry Free Assurance.

Sepanjang tempoh peraduan, seramai 40 pemenang mingguan dan 3 pemenang bulanan bakal menerima sebuah beg galas Targus Sport dan kredit Touch ‘n Go bernilai RM888.

Perincian Peraduan

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu membelian tayar Goodyear di mana-mana pusat Goodyear AutoCare atau pengedarnya. Kemudian, daftar pembelian tersebut di laman web: Goodyear Malaysia’s Worry Free Assurance.  

Setiap pembelian dua unit tayar dengan bersaiz 16 inci ke bawah menawarkan satu penyertaan. Manakala pembelian dua unit tayar bersaiz 17 inci ke atas melayakkan anda menerima 2 penyertaan.

Pemenang akan diumumkan secara mingguan dan bulanan melalui laman Facebook Goodyear Malaysia (@GoodyearMalaysia). Pemenang bulanan akan menerima hadiah mereka melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet. 

Maklumat lanjut seperti terma dan syarat peraduan, anda boleh layari laman web Goodyear Malaysia’s Year End Promo di https://www.goodyear.com.my/offer/2020-year-end-promo-mechanics. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Goodyear Malaysia dan tawaran produk, layari www.goodyear.com.my.

Google ads
Back to top button