Buletin

GOODYEAR BAKAL LANCAR RANGKAIAN PRODUK BAHARU SEMPENA ULANG TAHUN KE-125

Bersempena ulang tahun ke-125, Goodyear mengumumkan bahawa bakal melancarkan rangkaian produk baharu untuk pasaran tempatan pada September ini.

Sepanjang sejarahnya, Goodyear telah melangkaui sempadan secara konsisten dengan pengenalan teknologi terkini seperti penghasilan tayar untuk kenderaan mobility lunar NASA bagi mengharungi permukaan bulan (moon tyres), tayar pelbagai konsep, tayar tanpa udara, tayar kempis, serta banyak lagi.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng, meluahkan perasaan bangga akan pengiktirafan Malaysia sebagai pasaran yang semakin penting dalam dunia automotif.

“Dengan pemahaman mendalam tentang pasaran tempatan sejak 1972, Goodyear Malaysia memainkan peranan penting memenuhi keperluan pengguna tempatan dan telah menyediakan tayar berkualiti tinggi,” kata Alex.

“Bersama-sama dengan keluarga Goodyear kami di seluruh dunia, kami amat bersyukur untuk menjadi sebahagian daripada legasi selama 125 tahun ini, dan kami terhutang budi kepada pelanggan setia kami atas pencapaian kami.

“Dengan landskap automotif semakin berkembang, kami kekal berdedikasi untuk terus berada di hadapan dalam usaha peyelidikan, ujian termasuk bekerjasama dengan peneraju industri bagi menawarkan teknologi tayar yang mempunyai prestasi, ketahanan tiada tandingan.”

Selain pelancaran ini, Goodyear turut menjemput pelanggan untuk menyertai mereka dalam perjalanan eksklusif, meneroka sejarah evolusi tayar sepanjang 125 tahun menerusi siri dokumentari tujuh bahagian yang bertajuk ‘Goodyear: 125 Years in Motion’.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penglibatan Goodyear dalam evolusi tayar melalui siri dokumentarinya, sila layari https://corporate.goodyear.com/us/en/about/125th-anniversary.html.

Google ads
Back to top button