Buletin

GOODYEAR EAGLE F1 ASYMMETRIC 6 TAWAR PENGENDALIAN LEBIH BAIK, TAMPIL INOVATIF

Goodyear Asia Pasifik hari ini mengumumkan pelancaran Eagle F1 Asymmetric 6, menampilkan teknologi inovatif dan memberikan cengkaman sangat baik dalam pengendalian kering atau basah.

Direka dengan terperinci, Eagle F1 Asymmetric 6 ialah tayar yang sedia untuk apa sahaja keadaan jalan raya.

Menerusi Dry Contact Plus Technology, Eagle F1 Asymmetric 6 dioptimumkan untuk menyesuaikan diri dengan variasi beban bagi menjamin kestabilan tayar serta ketepatan stereng walaupun pada kelajuan tinggi.

Sementara, Wet Braking Pro Technology pula menawarkan sistem resin baharu bagi membolehkan tayar mempunyai lebih banyak sentuhan mikro dan brek selain memberikan pengendalian lebih baik di atas jalan yang lembap atau basah.

Bukan itu sahaja, Eagle F1 Asymmetric 6 mempunyai rintangan putaran lebih rendah untuk membantu penjimatan penggunaan bahan api serta meningkatkan julat elektrik.

Selain itu, Goodyear turut memperkenalkan corak pembatalan hingar (noise cancelling pattern) bagi mengurangkan gangguan bunyi sekali gus memberikan pemanduan lebih selesa kepada pengguna.

Inovasi Goodyear Eagle F1 Asymmetric 6 lain termasuklah pengurangan berat keseluruhan tayar  dan meningkatkan kesan aerodinamik dari sisi kenderaan.

Untuk maklumat lanjut tentang saiz tersedia Goodyear Eagle F1 Asymmetric 6, anda boleh melayari laman web rasmi Goodyear.

Google ads
Back to top button