GOODYEAR MALAYSIA LANCAR KEMPEN ‘WIN A CAR’ – BELI TAYAR DAN BERPELUANG MENANG KERETA MERCEDES-BENZ
Goodyear Malaysia mengumumkan pelancaran Kempen “Win A Car” bermula hari ini hingga 31 Oktober 2024.
Melalui kempen eksklusif ini, pelanggan yang membeli dua atau lebih tayar berukuran 17-inci dan ke atas akan berpeluang memenangi sebuah kereta mewah Mercedes-Benz selain, terdapat hadiah iPhone 15 untuk dimenangi setiap dua minggu.
Kerjasama Goodyear dengan Mercedes-Benz menjayakan kempen adalah bagi memenuhi impian pelanggan bertuah untuk memandu pulang sebuah kereta mewah mencerminkan nilai serta komitmen dikongsi dua jenama ini terhadap kecemerlangan.
Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Hugh Yun, memaklumkan tujuan utama kempen ini adalah untuk memberi kembali kepada pelanggan atas sokongan mereka yang telah menjadikan Goodyear sebagai peneraju industri.
Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:
Langkah 1: Beli dua atau lebih biji tayar Goodyear berukuran 17-inci dan ke atas dari mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau Kedai Rasmi Goodyear Malaysia di Lazada, Shopee atau baucar Goodyear Grab (SNPL).
Langkah 2: Daftar dan sertai melalui pautan pendaftaran https://goodyear2024.co/?
Tambahan, dengan pembelian mana-mana tayar Goodyear, pelanggan layak untuk mendapat Waranti Worry Free Assurance (WFA).
Waranti komprehensif ini menawarkan 1 tahun jaminan road hazard untuk melindungi pelanggan daripada kerosakan tayar akibat kerosakan atau keadaan jalan raya.
Selain itu, pelanggan juga akan mendapat pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma sebanyak dua kali untuk keyakinan dan ketenangan minda waktu memandu, serta jaminan 5 tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan pada tayar yang dibeli.
- BACA: HEV JADI PILIHAN PENGGUNA DI THAILAND, JIMAT KOS BAHAN API DAN LEBIH BAIK BERBANDING BEV
- BACA: MALAYSIA CATAT JUALAN KEDUA TERBESAR DI ASEAN – MENINGKAT 8.2 PERATUS
- BACA: SYARIKAT INSURANS THAILAND ENGGAN BERI PERLINDUNGAN KEPADA EV – NILAI TUNTUTAN TERLALU TINGGI
- BACA: KOENIGSEGG JESKO ABSOLUT PECAHKAN REKOD SENDIRI 0-400-0KM/H, 27.83 SAAT