" "
Buletin

KEMPEN RAYA BERGAYA BERSAMA GOODYEAR – DAPATKAN JAMINAN WORRY FREE ASSURANCE DAN PAYUNG EKSKLUSIF

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Goodyear Malaysia ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk membeli ‘kasut baharu’ untuk kenderaan mereka. 

Goodyear sebagai jenama tayar premium yang berkecimpung dalam teknologi tayar menggesa orang ramai untuk membuat pemeriksaan tayar dan memastikan kondisinya memuaskan atau mengganti tayar untuk memastikan ketenangan ketika memandu.

Bagi meraikan musim perayaan ini dengan ganjaran yang lebih besar, kempen Raya Bergaya Bersama Goodyear akan berlangsung mulai sekarang sehingga Rabu, 31 Mei 2023. 

Pelanggan yang membeli sama ada empat unit tayar 16 dan 17 inci atau dua unit tayar 18 inci dan ke atas akan menerima sekaki Payung Goodyear eksklusif (sementara stok masih ada).

Mereka juga layak mendaftar untuk program waranti ‘Worry Free Assurance’. Waranti ini menawarkan 1 tahun jaminan ‘Road Hazard’ yang melindungi pengguna daripada kerosakan tayar yang disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak sempurna. 

Tidak ketinggalan, percuma dua kali pemeriksaan keselamatan tayar supaya anda lebih selesa semasa memandu dan 5 tahun waranti untuk sebarang ketidaksempurnaan pembuatan pada tayar yang baru dibeli! 

Berikut tiga langkah mudah untuk sertai:

  • Langkah 1: Beli empat unit tayar 16 dan 17 inci atau dua unit tayar 18 inci dan ke atas daripada kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian.
  • Langkah 2: Terima Payung Goodyear* eksklusif daripada kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian.
  • Langkah 3: Sila layari laman web Goodyear Malaysia dan daftar Worry Free Assurance dengan mengisi butiran, memuat naik resit dan pilih kedai di mana tayar dibeli

Menurut Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng, Goodyear mahu menerapkan tabiat memandu dengan selamat di kalangan rakyat Malaysia kerana keselamatan di jalan raya merupakan keutamaan semua.

“Kami mahu menyatakan tentang pentingnya keselamatan tayar dan memilih tayar yang berkualiti dengan teknologi inovatif untuk pemanduan yang tenang dan selamat. Terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, jadi amat penting untuk setiap pemandu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan keluarga mereka dan pengguna jalan raya yang lain,” kata Alex. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.goodyear.com.my 

Google ads
Back to top button