Buletin

GOODYEAR WRANGLER DURATRAC RT DIPERKENALKAN – DIREKA UNTUK PEMINAT OFF-ROAD

Selain Eagle F1 Asymmetric 6, Goodyear Asia Pacific turut melancarkan Wrangler Duratrac RT baharu, yang direka untuk perjalanan jarak jauh serta sesuai digunakan pada off-road.

Dengan Tri-Shield Technology-Go, ia membolehkan Wrangler Duratrac RT meningkatkan ketahanan terutama ketika perlu bergerak pada keadaan jalan tidak menentu termasuk mengambil kira situasi terdapat objek tajam atau berbatu.

Selain itu, Goodyear juga menambah baik dari segi reka bentuk corak bunga di mana blok bunga untuk tayar ini lebih padat sekali gus membuatkan Wrangler Duratrac RT mempunyai cengkaman serta daya tarikan lebih baik.

Untuk rekod, Wrangler Duratrac RT juga telah lulus ujian prestasi cengkaman musim sejuk.

Sementara melalui DuraEdge Technology, ia memberikan perlindungan tambahan kepada Wrangler Duratrac RT.

“Wrangler Duratrac RT ialah produk disesuaikan untuk memenuhi permintaan peminat off-road yang semakin meningkat di seluruh pasaran Asia Pasifik,” kata Naib Presiden, Pembangunan Produk dan Kualiti, Goodyear Asia Pasifik, Greg Hanna.

Untuk makluman, Wrangler Duratrac RT sememangnya sesuai dengan pelbagai jenis kenderaan off-road seperti Toyota Land Cruiser, Jeep Wrangler, Ford Ranger, Everest serta model terkenal lain.

Google ads
Back to top button