
TIADA DUIT DAN ALAMI KEMURUNGAN, LELAKI SANGGUP BALIK KAMPUNG NAIK PELAMPUNG
Kerana tiada wang, seorang lelaki sanggup menggadai nyawa meredah lautan semata-mata mahu pulang ke kampung halaman dengan menggunakan pelampung.
Lelaki bernama Dedik, 27, ditemui terapung selama tiga jam dengan berpaut pada dua tong air di perairan Teluk Balikpapan, Kalimantan Timur pada Rabu lalu, lapor Kompas.
Dedik dikatakan mahu pulang ke kampung halamannya di Malang, Jawa Timur. Dia yang disangka sudah lemas ditemui oleh penduduk tempatan kira-kira 300 meter dari daratan.
“Kami mendapat maklumat daripada penduduk (pengusaha bot laju), menemui lelaki lemas. Kami terus bergegas ke lokasi. Dedik telah diselamatkan dan dibawa ke darat,” kata Ketua Polis Pelabuhan Balikpapan Semayang, AKP Retno Ariani.
Dedik sebelum ini tinggal bersama abangnya di kampung Gunung Bahagia Balikpapan Selatan. Disebabkan tidak bekerja, Dedik keluar dari rumah itu dan mahu pulang ke kampung.
“Kerana tiada duit, dia terpaksa menggunakan pelampung untuk sampai ke kampung. Sudah tiga jam terapung, bersyukur dia selamat dan tidak terapung jauh,” kata Retno.
Ketika ditemui, Dedik yang memiliki rekod kesihatan penyakit kemurungan tidak mengalami kecederaan.
“Semasa membawa pulang ke kampung, kakak mangsa beritahu adiknya mengalami masalah kemurungan dan pernah menjalani rawatan selama sembilan bulan di hospital,” jelasnya.
Kisah Dedik mendapat perhatian netizen setelah foto dia terapung di laut tular di media sosial. – Sinar Harian
- BACA: HELAH BALIK KAMPUNG NAIK KERETA YANG DITUNDA GAGAL
- BACA: SANGGUP JALAN KAKI BALIK KAMPUNG DARI SHAH ALAM KE TANAH MERAH. SELAMAT SAMPAI RUMAH MALAM TADI
- BACA: MATI KERANA TERLAMPAU PENAT BERJALAN KAKI BERATUS KM UNTUK BALIK KAMPUNG
- BACA: TIPS BALIK KAMPUNG – LALUAN TERBAIK BAGI MENGELAKKAN TRAFIK DAN PERSIAPAN UNTUK PERJALANAN