Buletin

MERCEDES BENZ X-CLASS 6 X 6 DENGAN GENTIAN KARBON SEPENUHNYA

Trak pikap hari ini bukanlah seperti yang pernah anda bayangkan wujud 10 atau 20 tahun yang lepas. Tengok saja harga Raptor yang sama dengan Vellfire AGH30 atau lebih mudah lihat harga mana-mana pikap automatik 4X4 yang sudah melepasi angka enam digit.

Ia sudah menjadi kenderaan gaya hidup berbanding fungsi sebuah “lori” yang digunakan untuk masuk ke site atau belukar. Majoriti trak hari ini juga mungkin tak pernah jejak lumpur pun.

Ia pasaran yang bagus, jadi banyak pengeluar mula fokus trak-jalanraya berbanding kekuatannya mendaki curam atau laluan sukar. Usaha ini termasuklah tuner dan juga pereka-pereka peralatan aftermarket yang mula menjual kit badan dan kit conversion untuk meninggi atau merendahkan pikap supaya nampak lebih ranggi.

Carlex Design adalah satu tuner yang sering melahirkan idea kontroversi. Ini adalah hasil terbaru mereka yang diberi nama Exy Monster X Concept.

BACA: CARLEX DIKECAM KERANA GUNA KULIT GAJAH

Jelasnya, pikap X Class ini nampak menonjol menerusi penggunaan bahan gentian karbon yang meluas, hampir segenap bahagian.

Ia juga dilengkapi dengan sistem suspensi rendah, brek sebesar talam menghidang lauk kenduri kahwin, arch roda, lampu mata arah, winch di bahagian depan, bull bar entah apa-apa yang juga diperbuat dari gentian karbon.

Realitinya, kenderaan ini masih di peringkat konsep dan belum wujud pun. Jadi, imaginasi boleh jadi macam-macam sebenarnya.

Kalau macam ni, Savvy Abang Japar pun boleh je nak letak Enjin V8.

Kan?

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button