BuletinMotosikal

BMW S1000RR 2019 SEMAKIN HAMPIR. LEBIH SPORTY, LEBIH BERKUASA

Sejak dilancarkan pada 2009, BMW S1000RR sering menjadi penanda aras bagi motosikal superbike moden 1000cc di pasaran. Walaupun ia produk pertama BMW dalam arena enjin empat selinder sebaris, kategori 1.0 liter, ia merupakan superbike diakui antara yang terbaik pernah ditawarkan oleh pasaran.

BMW Tiada pengalaman dalam perlumbaan besar seperti MotoGP sebagaimana Ducati, dan pembuat motosikal Jepun, namun kehadiran S1000RR dengan ledakan kuasa dan teknologi membuktikan kemampuan BMW Motorrad untuk membuat apa sahaja kenderaan beroda.

Baru-baru ini, Satu siri rendering lakaran komputer CAD bocor dengan menunjukkan reka bentuk fairing baru.

Paparan baru S1K kelihatan lebih dramatik daripada yang sekarang. Lampu depan kelihatan lebih kecil dan lebih nipis lantas membentuk cengkaman ruang pengambilan udara berbentuk Y yang terletak pada bahagian “hidung”.

BACA: BMW HP4 KARBON. RM400K!

Susun atur enjin juga nampaknya telah dikaji semula. Ada laporan menunjukkan bahawa S 1000 RR yang baru akan meminjam beberapa elemen daripada supersport HP4. Ia dikatakan bakal teknologi menggunakan injap ubah.

Ini bermakna prestasi yang lebih baik untuk S1K. Antara perubahan yang kelihatan ialah sistem ekzos tiga bahagian baru dengan muncung kembar dua hala. Adalah dipercayai ini untuk memastikan S1K memenuhi piawaian emisi EuroV Eropah yang akan dikuatkuasakan menjelang 2021.

BACA: RANGKAIAN BARU BMW MOTORRAD MALAYSIA

Generasi baru BMW S 1000 RR dijangka akan membuat kemunculan sulung di pameran EICMA tahun ini yang akan berlangsung di Milan dari 6 hingga 11 November 2018.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button