BuletinMotosikal

SET PENUH PANEL BADAN IIMBERGER UNTUK BMW S1000RR -70% LEBIH RINGAN, HARGA RM44,514

Pakar pembuat alat ganti karbon dari Jerman, Ilmberger baru sahaja melancarkan set penuh panel badan gantian untuk model BMW S1000RR 2019.

Alat ganti itu melibatkan hampir semua plastik OEM dan boleh membuatkan badan jentera itu 70 peratus lebih ringan serta lebih tegar. Biarpun begitu, panel badan itu bukanlah murah.   

Jika anda ingin menggantikan setiap panel, ditambah dengan pilihan kerangka dan penutup enjin, kos boleh mencecah £8,726 (RM44,514). Dengan harga itu, anda boleh membeli sebuah lagi motosikal baru.

Sebagai contoh, belly pan berharga £714 (RM3,642), panel sisi £446 (RM2,275) sebelah dan rear hugger £312 (RM1,591), memang cepat sahaja bil anda melambung.

Biarpun begitu, alat ganti tersebut boleh membuatkan jentera anda tampil cukup menarik. Ilmberger juga menghasilkan rangkaian alat ganti perlumbaan seperti lampu utama.

Maklumat lanjut, boleh didapati daripada laman web Performance Parts Ltd Cubalah lah contact, mana tau boleh hantar ke Malaysia.  

Google ads
Back to top button