Buletin

“MOTOR HILANG CENGKAMAN, SAYA HARAP DAPAT SWINGARM CARBON”-HAFIZ

Ia perlumbaan yang mencabar dengan kelompok pasuka bersaing cuba menjarakkan kedudukan. Buat pertama kalinya, Yamaha menerusi Vinales berjaya meraih kemenangan pertamanya.

Podium kedua juga diperolehi pasukan Petronas-SRT Fabio Quartararo yang cemerlang meskipun berhadapan dengan kesukaran mengawal jentera yang bergoyang setiapkali laluan lurus.

Dan satu lagi catatan manis ialah pelumba negara, Hafizh Syahrin yang berjaya mengutip 3 mata berharga selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-15.

“Ia adalah perlumbaan yang bagus pada permulaannya. Tapi menjelang separuh pusingan ia berbeza. Ketika berbaki lapan lap, saya hilang cengkaman pada roda belakang. Saya tak tahu kenapa.

“Saya cuba kawalnya dengan menggunakan kawalan traksi (Traction Control) tapi tak berjaya.

“Saya berasa sedikit terkilan kerana saya yakin dapat merapati Pol Espargaro dan mungkin juga dapat memintas beliau. Tapi inilah perlumbaan.

“Kami akan cuba perbaiki titik kelemahan dan memahami jentera ini dengan lebih baik. Saya harap dapat sesuaikannya menjelang minggu depan.

“Saya percaya, lengan ayun (swingarm) yang digunakan Miguel Oliveira membantu kami memahami pace perlumbaan. Jadi, saya juga berharap mendapat komponen yang sama pada pusingan akan datang.

Google ads
Back to top button