Buletin

BMW S1000RR – FOTO INTIPAN RR 2018 SEDANG DIUJI

BMW merupakan syarikat pembuat motosikal yang sudah bermula sejak zaman Perang Dunia lagi. Namun mereka tidak membuat motosikal sukan yang benar-benar fokus (selain HP2) sehinggalah tahun 2010, mereka perkenalkan S1000RR kepada dunia.

Ia memang motosikal terbaik di kalangan jentera 1 liter di pasaran dan walaupun ia motosikal pertama empat selinder sebaris kategori sport yang dihasilkan BMW, ia adalah motosikal yang digeruni oleh otai-otai 1 liter seperti Yamaha R1, CBR Fireblade, Kawasaki ZX-10, Aprilia RSV dan Suzuki Gixxer.

BACA: BMW S1000RR HP4 RACE CARBON

199 kuasa kuda pada 13,500rpm menjadikan S1000RR antara motosikal terpantas tujuh tahun lalu dan BMW tidak kedekut. Mereka beri ABS sebagai peralatan standard, riding mode dan juga kawalan traksi sebagai pilihan. Rekabentuknya juga cukup berbeza berbanding tipikal motosikal 1 liter dengan lampu hadapan bermata “songsang”

Tujuh tahun selepas pengenalannya dengan dua pengubahsuaian kecil, kini sudah tiba masanya BMW mempersiapkan model baru sepenuhnya. Majalah permotoran Jerman – Motorrad baru-baru ini berjaya mendapatkan foto intipan model 2018 S1000RR yang sedang diuji.

Hanya sekeping foto yang dapat dirakam namun jelas dapat dilihat, ia tidak mengunakan kerangka kotak delta/beam dan digantikan dengan kerangka trellis.

Lengan ayun belakang juga lebih nipis (berbanding model “banana” sekarang), fairing juga lebih banyak seksyen aerodinamik dan juga sistem ekzos yang tampak lebih kecil. Lampu isyarat membelok hadapan juga kini terletak pada bahagian cermin sisi dan bukan lagi pada badan.

Tiada maklumat tentang enjin namun khabar dari media Eropah memberitahu bahawa S1000RR akan mendapat peningkatan enjin pada putaran rpm sederhana dan rp tinggi.

 

 

Tags
Google ads
Back to top button