Artikel Pilihan

INILAH PILIHAN PAPAN PEMUKA TERBAIK TAHUN 80-AN

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Sekitar tahun 80-an dulu masalah ekonomi bahan api bukannya masalah utama begitu juga dengan standard keselamatan kenderaan. Dunia automotif juga bukannya seperti sekarang yang begitu global, malah spesifikasi kenderaan antara negara juga berbeza. Tapi satu persamaan yang nyata ialah kereta-kereta pada zaman itu dilengkapi dengan pelbagai butang untuk fungsi-fungsi tertentu. Faktor papan pemuka ini agak penting sebenarnya sebab ia berada di hadapan muka pemandu. Siapa nak pandu kereta yang papan pemukanya kelihatan seperti almari lauk tahun 60-an kan?

Skrin sesentuh yang ada pada hampir semua model sekarang belum wujud jadi ciri-ciri premium seperti kawalan suhu dalaman, sistem audio dan fungsi tempat duduk semuanya dikawal menggunakan butang. Kereta biasa memang tidak mempunyai butang sebanyak kereta mewah kerana perbezaan fungsi tapi yang nyata sesetengahnya memang kelihatan seperti kokpit pesawat. Jangan lupa roda stereng yang kelihatan agak pelik sekali okey.

Mercedes-Benz 560 SEC

Mercedes-Benz 560 SEC dilancarkan pada tahun 1985 dan merupakan nenek moyang kepada model S-Class sekarang. Ia merupakan model kebanggaan Mercedes ketika itu dan semestinya dilengkapi dengan segala teknologi yang ada pada masa itu termasuklah kemasan kayu dan kulit yang cukup mewah.

Walaupun dilengkapi dengan pelbagai butang untuk kawalan, secara asasnya ia masih kelihatan ringkas dan elegan. 560 SEC yang dihasilkan sehingga 1991 ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan suhu dalaman dwi-zon dan sistem audio berkualiti tinggi.

Audi V8

Sebelum A8 diperkenalkan pada tahun 1994, Audi sudahpun mempunyai Audi V8 yang menggunakan enjin… V8. Dilancarkan pada tahun 1988, ia sebenarnya ialah model untuk dekad akan datang tetapi masih mempunyai pelbagai butang untuk mengawal fungsi-fungsi kereta. Tapi satu saja masalahnya, butang-butang tersebut terlalu kecil saiznya. Payah betul nak tekan butang yang betul kalau tengah memandu.

Renault 25

Kereta Perancis ini memang mempunyai gaya yang berbeza dari model Eropah lain. Ia terlebih bergaya sehingga menjejaskan fungsi sebenar. Tengok Renault 25 ini sebagai contoh. Ia penuh dengan pebagai membuatkan ia kelihatan seperti kereta yang sesuai digandingkan dengan watak ‘Robocop’ pada zaman itu. Terdapat butang di mana-mana sehinggakan rasanya kita pun tak tahu butang mana yang hendak dipilih.

BACA: HARGA MINYAK RON95 LEBIH MURAH BERMULA 1 JANUARI 2019

Buick Reatta

Memang kita kat sini tak pernah dengar pun pasal model ini tetapi ia mempunyai antara papan pemuka paling moden pada zamannya. GM melengkapkannya dengan skrin sesentuh (model terawal tentunya), komputer dalaman dan kawalan suhu dalaman. Komputer itu pun tidaklah hebat mana dan mendatangkan masalah sehingga GM memutuskan untul membuangnya selepas satu tahun.

Cadillac Brougham

Ini merupakan antara model ‘kapal layar’ beroda untuk golongan atuk di AS. Ini mempunyai butang-butang yang mengawal fungsi asas seperti kawalan tempat duduk dan kawalan suhu dalaman. Ia tidak mempunyai sistem komputer dalaman (kalau pasang pun atuk-atuk di sana mana tahu menggunakannya). Namun sebab ia model mewah, butang-butang diperlukan untuk mengawal fungsi-fungsi tertentu.

Alfa Romeo 164

Alfa 164 dilahirkan pada tahun 1987 dan mempunyai rupa yang cantik menawan luar dan dalam. Papan pemukanya tidak diberikan kemasan kayu tetapi kekal dengan elemen plastik yang membuatkannya bertambah elegan, ringkas dan futuristik. Ia juga mempunyai kawalan suhu dalaman dan bentangan butang-butang yang mengawal pelbagai fungsi.

Cuma berbeza dengan Audi, Alfa 164 ini mempunyai butang yang jelas dilihat walaupun tanpa menggunakan cermin mata.

Aston Martin Lagonda

Ini antara kereta yang mempunyai papan pemuka paling kompleks walaupun mencuba sedaya upaya agar kelihatan futuristik. Bukan sahaja mempunyai roda stereng yang pelik, ia juga mempunyai kombinasi butang dan tombol untuk mengawal fungsi-fungsi tertentu kereta.

Nissan Gloria

Ini antara model kereta mewah Jepun satu ketika dahulu. Walaupun kelihatan retro namun ia masih kelihatan menarik dengan susun atur sistem audio yang kelihatan seperti pemain hi-fi kegunaan di rumah. Bukan itu sahaja, roda sterengnya turut mempunyai butang-butang yang mengawal stesen radio dan suara. Ia mungkin boleh didapati pada model yang lebih murah hari ini tetapi ia merupakan satu ciri mewah pada satu ketika dahulu.

Tags
Google ads
Back to top button
Close