BuletinMotosikal

MESKIPUN KONTRAK TAK DISAMBUNG, HAFIZH MASIH BERSEMANGAT UNTUK KTM

Hafizh Syahrin, pelumba pasukan satelit Tech 3 KTM jelas akan digugurkan dari kem pasukan tersebut di mana tempatnya digantikan Brad Binder bagi musim 2020.

Namun yang demikian, beliau tidak langsung berasa putus asa malah lebih bersemangat untuk mengahabiskan separuh kedua musim perlumbaan MotoGP 2019 setelah berehat untuk cuti musim panas.

Sementara itu, rakan sepasukannya Miguel Oliveira kekal dalam pasukan Perancis tersebut dengan memulakan separuh kedua musim dengan kedudukan ke 18 pungutan mata dan pencapaian terbaiknya ialah di tangga ke 10.

“Kami meninggalkan Sachsenring (MotoGP Jerman) dengan kedudukan yang lebih baik. Ia antara pusingan terbaik kami tapi malangnya saha terlibat kemalangan,” ujar Oliveira.

“Selepas cuti musim panas, kami akan mengekalkan tahap kelajuan dan konsistensi sepertimana di Jerman dan yakin akan lakukan yang terbaik pada separuh kedua musim ini, bermula dengan keputusan baik di Brno di mana ia adalah litar yang saya suka.

Sementara itu, Hafizh ada 10 pusingan lagi untuk membuktikan keupayaannya dalam sukan ini. Peluang beliau dalam kelas premier bagi tahun 2020 agak kabur namun pelumba negara ini tiada masalah untuk menyambung khidmatnya dalam kelas Moto2 (termasuk berpotensi dikekalkan dalam pasukan Tech3)

“Kami mahu berikan yang terbaik buat Miguel dan Hafizh, di mana keduanya,” Ujar boss KTM Herve Poncharal.

Hafizh, yang menyumbang 46 mata pada pasukan Tech3 Yamaha tahun lalu hanya mengutip tiga mata pada tahun ini bersama KTM.

“Saya tak sabar nak mulakan perlumbaan,” ujar Hafizh

“Selepas cuti musim panas, saya rasa sangat segar dan bersemangat. Saya banyak berlatih pada musim cuti ini untuk bersedia bertarung pada separuh musim ini.

“Saya akan cuba yang terbaik seperti selalu dan cuba memahami jentera ini lebih baik berbanding awal musim. Saya tahu, ia tidak mudah, namun saya percaya terhadap kerjasama pasukan dan akan cuba beraksi sebaik mungkin.

Tags
Google ads
Back to top button