;
Motosikal

DUCATI ASIA PASIFIC LANCAR KOLEKSI PAKAIAN 2020 DI THAILAND

Ducati minggu lalu melancarkan koleksi pakaian Ducati 2020 di Pusat Latihan Ducati Asia di Thailand.  

Ibu pejabat Ducati untuk rantau Asia Pasifik itu menyaksikan lebih 60 produk rami Ducati dipertontonkan kepada para ekskutif Ducati yang datang dari seluruh pasaran Asia Pasifik. 

Seramai 35 peserta yang mewakili 12 buah negara itu bukan sahaja berpeluang melihat koleksi tersebut, malah menjalankan bengkel-bengkel bagi memberi lebih pemahaman mengenai setiap barangan yang telah dilancarkan. 

Bengkel itu turut menjelaskan tentang produk-produk yang menggunakan material mesh perforated. tekstur material tersebut dilihat sangat sesuai dengan cuaca Asia Tenggara yang panas dan lembab. 

“Daripada kemeja-t yang ringkas hinggalaj sut perlumbaan kulit, setiap produk yang membawa jenama Ducati dan Scrambler direka sebaiknya, sama seperti kami membina motosikal dengan penuh teliti. 

“Koleksi ini membolehkan pelanggan menyerlahkan identiti masing-masing menerusi apa yang mereka tunggang dan pakai,” kata Pengarah Selepas Jualan Asia Ducati, Luca Stasi. 

Orang ramai boleh mendapatkan koleksi terbaharu Ducati mulai Ogos 2019. 

Tags
Google ads
Back to top button