Motosikal

MV AGUSTA JALIN KERJASAMA DENGAN LONCIN UNTUK HASILKAN MOTOSIKAL MURAH

MV Agusta dilapor sedang bekerjasama denga sebuah syarikat dari China, Loncon untuk menghasilkan rangkaian motosikal lebih murah bagi pasaran massa. 

Ketua Pegawai Ekskutif MV Agusta, Timur Sardarov memberitahu motosikal baharu itu bakal menemui pengguna pada tahun 2021.

Langkah itu sekali gus melihat jenama Itali tersebut tidak lagi fokus kepada pelanggan kaya dengan tawaran jentera premium dan cukup eksklusif. 

Apabila Sardarov mengambil alih jawatan akhir tahun lalu, MV Agusta hanya menumpukan perhatian kepada pasaran premium sahaja. Jadi, pihaknya mahu menghasilkan motosikal yang lebih mudah diakses oleh orang ramai. 

“Saya mahu MV Agusta menjadi lebih besar kerana ia satu jenama yang hebat. Saya yakin ramai mempunyai pendapat yang sama. Saya mahu MV Agusta ditunggang oleh seramai mungkin, pada masa yang sama masih mengekalkan DNAnya,” kata Sardarov. 

Kerjasama itu akan menyaksikan kedua-dua buah syarikat menghasilkan jentera bersesaran 350 hingga 500cc yang dijangka dijual ke seluruh dunia. Motosikal baharu itu pastinya akan lebih murah, tetapi tetap mengekalkan dinamik sebuah MV Agusta. 

Pasukan reka bentuk MV juga membantu Loncin membangunkan jentera premium yang akan dijual di China.

Sebelum ini, MV Agusta memang ada menawarkan produk untuk pasaran massa seperti Brutale 675, tetapi model itu terpaksa digugurkan kerana mengalami masalah kewangan. 

Google ads
Back to top button