
MG MOTOR NATIONWIDE TEST DRIVE EVENT – UJI PANDU, KREDIT TNG RM50, REBUT PELUANG MENANGI HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM5,200
MG Motor Malaysia mengumumkan acara pandu uji model terkini mereka yang tidak harus anda biarkan begitu sahaja.
Anda dijemput untuk menyertai acara “MG Motor Nationwide Test Drive Event” yang akan diadakan di semua bilik pameran pengedar MG pada 11 dan 12 Mei 2024 (Sabtu dan Ahad), bermula 10 pagi hingga 6 petang.
Orang ramai boleh mengunjungi salah satu daripada lokasi berikut untuk merasai sendiri prestasi MG4 XPower dan model-model MG yang lain:
- MG Motor Petaling Jaya
- MG Motor Glenmarie
- MG Motor Chan Sow Lin
- MG Motor Cheras
- MG Motor Puchong
- MG Motor Setia Alam
- MG Motor Seremban
- MG Motor Melaka
- MG Motor Muar
- MG Motor Plentong


Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri kuasa jentera MG4 XPower yang mengagumkan dengan pecutan 0-100km/j cuma 3.8 saat sahaja. Lebih penting lagi, harganya cukup berpatutan iaitu sekitar RM158,000.
Sebagai perbandingan, Mercedes-AMG A45S dengan prestasi 0-100km/j dalam masa 3.9 saat pula berharga hampir RM500,000. Jauh beza tu!
Tampil dengan rekaan sporty, MG4 hadir dalam tujuh pilihan warna iaitu oren, biru, merah, putih, hitam, kelabu dan hijau.
Selain MG4 XPower, terdapat beberapa varian MG4 yang boleh anda pilih seperti MG4 Standard, MG4 Lux serta MG4 Lux Extended.
Bergantung kepada varian, MG4 mampu bergerak sejauh 320km hingga 520km dengan sekali caj. Dari segi harga pula, MG4 boleh anda miliki bermula RM104,000 hingga RM159,000.


Selain MG4, MG Motor turut menawarkan model lain yang menarik untuk diuji.
Antara model yang tersedia ialah MG ZS, sebuah SUV elektrik dengan harga bermula RM125,999. EV berkenaan mampu menawarkan kuasa 176PS dan tork 280NM dengan jarak sejauh 320km sekali caj.
Sudah tentu, MG Motor Malaysia turut menawarkan promosi menarik bagi setiap individu yang memandu uji model-model berkenaan.
Sebagai tanda penghargaan, mereka akan menerima kredit Touch n Go e-wallet sebanyak RM50. Cabutan bertuah pula menawarkan peluang untuk anda memenangi hadiah bernilai sehingga RM5,200.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri kehebatan MG4 XPower dan MG ZS.
Jangan lupa tandakan tarikh ini di kalendar anda dan rasai pengalaman ujian pemanduan yang mengujakan!
- BACA: MG4 RASMI DILANCARKAN, TAWAR TIGA VARIAN – JANA 435PS, JARAK GERAK 384KM HARGA BERMULA RM103K
- BACA: MG ZS RASMI DILANCARKAN – JANA 176PS, JARAK GERAK 320KM, HARGA BERMULA RM125K
- BACA: BIMS 2024: MG CYBERSTER MENDARAT DI THAILAND – JANA 544HP, JARAK GERAK 580KM, HARGA BERMULA RM324K
- BACA:KISAH DIEGO MARADONA DAN FERRARI F40 HITAM – LAWAK JUGAK MAMAT NI