
BIMS 2024: MG CYBERSTER MENDARAT DI THAILAND – JANA 544HP, JARAK GERAK 580KM, HARGA BERMULA RM324K
Ketika kita semakin memasuki era mobiliti mesra alam melalui pelbagai kenderaan elektrik, MG Motor juga terus berkembang, menunjukkan perkembangan teknologi dan inovasi dari segi reka bentuk.
Bermula dengan imej rasmi kemudian pratonton awam di Shanghai Auto Show 2021, kemudian membuat debut globalnya di Goodwood Festival of Speed 2023, semua siri ini menunjukkan betapa istimewanya Cyberster untuk MG.
Dan kini, MG Cyberster secara rasmi dilancarkan di Thailand, menawarkan satu varian sahaja iaitu all-wheel drive (AWD).

Dari penggayaan, ia mempunyai daya tarikan melalui model pintu gunting (Automatic Scissor Doors) sekaligus menggambarkan watak sebuah kereta sport.
Bahagian dalamannya, menampilkan warna burgundy yang menekankan penampilan sporty, dengan bahan premium, dan sistem penyambungan pintar bagi memastikan keselesaan memandu kereta sport.
MG Cyberster menggunakan Modular Scalable Platform dengan susun motor berkembar yang memacu semua empat roda (AWD) dan berupaya menghasilkan kuasa 544hp dan tork 725Nm.

Menerusi bateri berkapasiti 77kWj, ia menawarkan jarak gerak sejauh 580km manakala daya pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 3.2 saat sahaja.
Untuk pengecasan, ia boleh dicas melalui pengecasan DC pada kadar maksimum 140kW, membolehkan baterinya dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 26 minit.
Dari segi keselamatan, MG Cyberster di Thailand dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif seperti dinyatakan di bawah:
- Driver Monitor System (DMS)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Traffic Jam Assist (TJA)
- Emergency Lane Keeping System (ELK)
Ciri keselamatan lain turut dimuatkan termasuklah Rear Collision Warning (RCW), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Rear Cross Traffic Braking (RCTB) dan sebagainya.
Untuk harga pula, MG Cyberster boleh dimiliki pada harga 2.5 juta baht atau sekitar RM324,240.
GALERI:










- BACA: BIMS 2024: SUV EV HONDA e:N1 KINI MUNCUL DI THAILAND – TAWAR JARAK GERAK 420KM, JANA 201HP
- BACA: BIMS 2024: EV5, SATU LAGI SUV EV MENAWAN DARIPADA KIA
- BACA: BIMS 2024: KIA EV9, SUV ELEKTRIK 3 BARIS TEMPAT DUDUK. BAKAL TIBA DI MALAYSIA TIDAK LAMA LAGI!
- BACA: NISSAN KICKS 2025 TAMPIL DENGAN CIRI BAHARU – TIGA VARIAN, JANA 141HP, HARGA BERMULA RM98K







